Sijil Veterinar Malaysia : Bidang Kerjaya & Syarat Permohonan

sijil veterinar malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Salah satu sijil yang boleh diambil oleh individu yang meminati bidang veterinar adalah Sijil Veterinar Malaysia (SVM).

Lepasan Sijil Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekeria sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak, golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggin Awam (IPTA) atau swasta.

Mengenai Sijil Veterinar Malaysia

Sijil Veterinar Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004.

Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya.

Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan.

Menariknya, sijil ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ianya setaraf dengan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Objtkif SVM TVET

Sijil ini dikeluarkan bagi menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang serta sebagai pegawai pengembangan barisan hadapan.

Akademi Latihan

Akademi latihan bagi mendapatkan sijil ini adalah Institut Veterinar Malaysia (IVM) di Kluang, Johor.

Tempoh Pengajian

Sesi pengambilan adalah Julai setiap tahun dan mengambil masa selama 2 tahun bagi pengajian sepenuh masa.

Bidang Kerjaya

Bidanh kerjaya yang boleh dikecapi oleh individu lulusan sijil ini adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam
  • Klinik Veterinar
  • Penternakan
  • Pengurusan Ladang Ternakan
  • Pemprosesan HasilanTernakan (iATh)
  • Agro Pelancongan

Syarat Khas Kakitangan Kerajaan

Syarat khas bagi kakitangan kerajaan untuk memohon kemasukan ke kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur tidak melebihi 45 tahun.
  2. Pembantu Veterinar Gred G1 dan telah disahkan jawatan.
  3. Mendapat pelepasan dari Ketua Jabatan.
  4. Mencapai tahap laporan nilaian prestasi (LNPT) sekurangnya 85% bagi tiga tahun terkini.
  5. Peratus gaji bersih di dalam penyata gaji tidak kurang daripada 70%.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan di pautan https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/2023/BPMI/BORANG_PERMOHONAN_SVM_(ANGGOTA_JABATAN).pdf

Borang yang telah lengkap diisi dihantar ke alamat berikut:

 Pengarah    
 Bahagian Pembangunan Modal Insan,
 Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani,
 Aras 2, Blok Podium 4G1, Presint 4,
 62630 Putrajaya.

atau

Pengarah
Institut Veterinar Malaysia
Km.13, Jalan Batu Pahat
Beg Berkunci 520
86009 Kluang
Johor Darul Takzim.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat menerusi https//mohon.tvet.gov.my/.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Sijil Veterinar Malaysia, sila layari pautan https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/363.

Baca juga: Buli Di Sekolah: Definisi, Contoh, & Pengendalian Aduan


Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut