Kebanyakan individu yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya mempunyai sijil keputusan peperiksaan tersebut.
Sijil tersebut memaparkan keputusan terperinci calon dalam setiap mata pelajaran yang diambil ketika Tingkatan 5.
Tahukah anda bahawa sijil ini penting terutamanya kepada mereka terutamanya untuk mencari pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi?
Mengenai SPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.
Peperiksaan ini diiktiraf setaraf dengan GCE O-level dan penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti:
- Cambridge International Examinations (CIE)
- New Zealand Qualification Authority (NZQA)
- Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA)
- Pearson
- CITO
Objektif SPM
Peperiksaan ini dijalankan untuk persijilan mata pelajaran.
Ia juga merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.
Syarat Menduduki SPM
Syarat menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan/Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau;
- Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM Vokasional/Malaysia Certificate of Education (MCE)/School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) atau;
- Mereka yang telah mencapai umur 19 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan semasa.
Kepentingan Sijil SPM
Antara kepentingan sijil ini adalah seperti berikut:
- Kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi.
- Kriteria asas dalam mendapatkan biasiswa.
- Memohon pekerjaan.
- Mengetahui pentaksiran pendidikan murid sepanjang tempoh pendidikan menengah tingkatan lima.
Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang
Cara untuk mendapatkan sijil ini yang hilang boleh dilakukan menerusi cara berikut:
i) Online
- Klik di pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Buat pendaftaran akaun.
- Kemudian login dengan memasukkan alamat emel dan kata laluan.
- Klik pada ikon ‘Salinan Keputusan.’
- Klik pada simbol ‘+’ untuk memohon.
- Pilih salinan sijil SPM.
- Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.
- Masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil.
- Kemudian ‘Proceed’ untuk kaedah penghantaran.
- Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan sijil dan tambahan RM10.00 bagi kaedah kiriman pos.
ii) Manual
Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga 3 kaedah iaitu:-
1- Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)
Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).
2- Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)
Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan.
Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.
3- Permohonan melalui pos
Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.
Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.
Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai sijil ini, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan iaitu http://lp.moe.gov.my/.
Baca juga: Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM – Format, Contoh Soalan, Tips Menjawab