Jika Petronas mempunyai aplikasi Setel, Shell juga mempunyai aplikasi yang sama untuk kemudahan pembayaran minyak di stesyen minyak melalui aplikasi yang dikenali sebagai Shell App.
Apabila Petronas memperkenalkan aplikasi Setel satu ketika dahulu, ianya telah merevolusikan proses pembayaran minyak di stesyen minyak.
Aplikasi Setel sangat mudah digunakan dimana setelah sampai di stesyen minyak, anda hanya perlu memilih nombor pam minyak dan dengan beberapa klik sahaja, anda boleh mengisi minyak tanpa perlu beratur untuk membayar di kaunter.
Melalui Shell App juga, pelanggan Shell boleh melakukan pembayaran terus melalui aplikasi tersebut sahaja.
Apa itu Shell App?
Aplikasi Shell App telah dilancarkan pada bulan Ogos 2023 bagi kemudahan pelanggannya.
Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh membuat pembayaran minyak terus dari aplikasi, memautkan kad Bonuslink dengan akaun untuk mengumpul mata, mencari lokasi Shell terdekat dan sebagainya.
Bagi memudahkan urusan pembayaran, anda boleh memautkan kad debit atau kredit anda dengan selamat melalui aplikasi ini.
Melalui aplikasi percuma ini juga, anda boleh tebus hadiah menarik menggunakan mata terkumpul dalam akaun Bonuslink anda.
Artikel berkaitan: Kad Minyak Shell: Transaksi Pembelian Lebih Mudah & Selamat
Muat turun aplikasi
Anda boleh memuat turun aplikasi Shell App melalui pautan di bawah:
- Google Play (Untuk pengguna Android)
- App Store (Untuk pengguna iOS)
Daftar akaun
Untuk menggunakan segala kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi ini, anda perlulah mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu.
Berikut adalah proses mendaftarkan akaun anda bagi pengguna kali pertama:
- Buka aplikasi Shell
- Pilih ‘Malaysia’ dan ketik ‘Daftar’
- Masukkan nombor telefon & ketik ‘Jana OTP’
- Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda
- Isikan butiran anda
- Jika anda adalah ahli BonusLink yang sedia ada, kad BonusLink anda akan dipautkan kepada Apl Shell
- Masukkan PIN 6 digit anda untuk memautkan kad BonusLink anda. Jika anda belum lagi menjadi ahli BonusLink, kad BonusLink digital akan dibuat untuk anda.
- Sediakan PIN 6 digit anda untuk melengkapkan pendaftaran.
- Sebaik sahaja anda telah memautkan kad BonusLink anda, anda boleh memilih untuk menambah kaedah pembayaran anda atau berbuat demikian kemudian dalam Akaun > Urus Kaedah Pembayaran.
- Pendaftaran anda kini selesai.
Bayar minyak menggunakan Shell App
Antara fungsi utama Shell App adalah kemudahan membayar minyak di stesyen minyak terus daripada aplikasi ini.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membayar minyak anda di stesyen minyak Shell:
Bayar minyak anda dari dalam kenderaan anda denganmengklik butang ‘Pay For Fuels’.
- Masukkan nombor pam anda
- Pilih had jumlah Ringgit Minyak minyak yang ingin diisi.
- Sahkan pembayaran anda dan mula mengisi minyak
Nota: Anda hanya akan dicaj jumlah yang diisi. Jumlah RM dalam langkah kedua adalah tetapan had jumlah minyak yang akan diisi.
Sila tonton video di atas untuk panduan visual membayar minyak menerusi aplikasi ini.
Persoalan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Shell App di di [email protected]