Setel merupakan aplikasi e-pembayaran bahan api pertama di Malaysia yang diperkenalkan oleh PETRONAS, membolehkan pengguna membuat pembayaran petrol secara langsung melalui telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter.
Aplikasi ini direka untuk memberikan pengalaman pengisian minyak yang lebih mudah, selesa, dan selamat kepada pengguna di stesen-stesen PETRONAS seluruh negara.
engn aplikasiini juga, pengguna dapat menikmati pengalaman yang lebih pantas, selesa dan praktikal tanpa perlu meninggalkan kenderaan.
Dengan kelebihan seperti pembayaran tanpa tunai dari dalam kenderaan, integrasi mata ganjaran Mesra, dan kemudahan menjejak perbelanjaan, aplikasi ini memudahkan urusan harian pengguna di stesen PETRONAS.
Kelebihan Menggunakan Setel
Berikut merupakan beberapa kelebihan mengunakna aplikasi mudah alih ini:
- Ciri Keselamatan yang Terjamin: Maklumat pembayaran pengguna dilindungi dengan sistem keselamatan yang kukuh, memberikan ketenangan fikiran sepanjang urusan dilakukan.
- Navigasi ke Stesen PETRONAS Berhampiran: Setel memaparkan lokasi stesen PETRONAS terdekat dan menyediakan navigasi melalui aplikasi seperti Waze atau Google Maps, membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien.
- Pembayaran Tanpa Tunai dari Dalam Kenderaan: Dengan Setel, pengguna dapat membuat pembayaran bahan api terus dari dalam kereta, mengelakkan keperluan untuk beratur di kaunter atau menggunakan kad kredit/debit di pam. Ini menjadikan proses pengisian minyak lebih pantas dan selesa.
- Tiada Transaksi Pra-Kelulusan RM200: Berbeza dengan pembayaran kad debit/kredit biasa yang mungkin menahan sejumlah wang sebagai pra-kelulusan, Setel tidak mengenakan transaksi sedemikian, memberikan ketenangan minda kepada pengguna mengenai baki akaun mereka.
- Integrasi dengan Kad Mesra: Setel membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata ganjaran Mesra secara digital tanpa memerlukan kad fizikal. Ini memudahkan pengurusan mata ganjaran dan mengurangkan risiko kehilangan kad.
- Jejak Perbelanjaan Bulanan: Aplikasi ini menyediakan penyata bulanan dan resit yang boleh dimuat turun, memudahkan pengguna untuk memantau dan mengurus perbelanjaan bahan api mereka.
Muat turun aplikasi
Aplikasi Setel tersedia untuk pelbagai platform peranti mudah alih dan boleh dimuat turun secara percuma.
Pastikan anda memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih untuk mengelakkan peranti anda diserang oeh perisian hasad.
Cara Mendaftar Akaun
Pertama kali menggunakan Setel? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk mendaftar:
- Muat Turun Aplikasi: Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.
- Pendaftaran Akaun: Setelah aplikasi dipasang, buka Setel dan daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
- Tambah Nilai Dompet Setel: Sebelum membuat pembelian bahan api, tambah nilai dompet Setel anda melalui perbankan dalam talian atau kad kredit/debit. Anda juga boleh menetapkan tambah nilai automatik untuk memastikan baki mencukupi setiap masa.
- Sebagai alternatif, anda juga bleh memautkan kad kredit anda kepada akaun, jadi tidak perlu tambah nilai dompet anda kerana setiap pembelian akan dicaj terus ke kad kredit anda.
- Aktifkan Kad Mesra Digital: Untuk mengumpul mata ganjaran, aktifkan kad Mesra digital anda dalam aplikasi ini. Jika anda mempunyai kad Mesra fizikal, anda boleh memautkannya ke aplikasi untuk memindahkan mata ganjaran sedia ada.
Proses Pembayaran / Pembelian Minyak
Membuat pembayaran bagi pembelian minyak di mana-mana stesyen PETRONAS kin semudah ABC sahaja:
- Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
- Klik pada butang “Purchase Fuel”
- Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
- Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
- Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
- Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa..
Baca lagi: iPayment – Daftar, Login & Cara Buat Bayaran Online
Kumpul Mata Ganjaran dengan Setel
Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran Kad Mesra secara automatik setiap kali membuat pembelian melalui aplikasi ini.
Berikut adalah cara untuk memaksimumkan pengumpulan mata:
- Perbelanjaan Lain: Aplikasi ini juga membolehkan pengguna membayar barangan di kedai Mesra PETRONAS, memberikan peluang untuk mengumpul mata lebih banyak.
- Pembelian Minyak: Setiap liter minyak yang dibeli akan memberikan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai hadiah menarik.
- Promosi Khas: Setel sering menawarkan promosi yang memberikan mata ganjaran tambahan atau diskaun eksklusif.
Maklumat lanjut dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari halaman Setel Help di https://help.setel.com/