Seribu Tahun – Sinopis Drama, Waktu Tayangan & Pelakon

seribu tahun
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seribu Tahun, Drama Terbaru Ramadan 2025 | Sinopis Drama, Waktu Tayangan & Pelakon

Drama Seribu Tahun merupakan sebuah drama bersiri terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada bulan Ramadan 2025. 

Karya terbaru arahan pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin ini dijangka akan mencuri perhatian penonton dengan jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakon berbakat yang membintanginya. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai drama ini. 

Sinopsis Drama Seribu Tahun 

Drama Seribu Tahun berkisar tentang sebuah kisah cinta antara Syukri dan Nor yg serba sederhana namun tinggi nilai cinta mereka di mata kita.

Syukri membuktikan masih wujud cinta sejati seorang lelaki pada isterinya yg serba kekurangan walaupun diduga dengan kehadiran Puteri Imaan Suhana, orang ketiga yg serba serbi sempurna.

Cinta Syukri tidak sedikit pun goyah. Malah bertambah kuat sehingga menimbulkan rasa cemburu dan dengki pada Imaan yg sanggup melakukan apa saja demi ‘mencuri’ Syukri dari kepunyaan Nur, seorang isteri yang lembam dan tidak boleh beranak kerana penyakit sindrom Turner nya.

Cerita ini jugak menceritakan betapa kuatnya cinta Nur, seorang isteri yg lembam dalam mempertahankan perkahwinannya gara gara ‘diusik’ oleh kehadiran Imaan yg diselamatkannya yg dianggap tak ubah seperti adiknya sendiri.

Dalam kepayahannya cuba memahami apa niat sebenar wanita yg dianggap sebagai adik Nur sedar yg dia perlu berjuang menyelamatkan cintanya yg cuba di rosakkan oleh manusia narsistik seperti Imaan yg rosak gara gara dendamnya dengan mamanya sendiri.

Saksikan lah sebuah cerita biasa biasa saja tapi sarat dengan konflik dan permainan emosi yg hebat antara Syukri, Nur dan Imaan dalam karya terbaru abam SERIBU TAHUN pada Ramadan kali ini.

@radiusone_official

Drama bersiri Ramadan yang bakal menitiskan air mata korang. Tak lama lagi guys! Jangan lupa temu janji kita 5 Mac 2025 ini, pada Rabu dan Khamis jam 9 Malam. #SeribuTahun #RadiusOne

♬ original sound – Radius One – Radius One

Pelakon & Watak

Drama Seribu Tahun menampilkan barisan pelakon tanah air yang cukup popular dan berbakat. Berikut ialah barisan pelakon yang membintangi drama ini:

PelakonWatak
Emma MaembongImaan Suhana
Azhan RaniSyukri
NoorkhiriahNor
Laila NasirDato Norish
Kael NoahMuhammad
Ziema DinDatin Sofea
Ali RezaAzrul
Nazrief NazriDr Azhar
Zarif GhazFakhrul
Didie AliasKak Oyen
Azrul ZaidiBeego
Elly SuhailiCik Idah
Norreen ImanNurse Zah
Ieda MoinIka
Amy Nur TinieGina
ShyrimDato Karim
Ashraf MuslimDr Nizam
Ayra Az ZaraNor (sewaktu kecil)

seribu tahun

Waktu Tayangan

Drama Seribu Tahun akan mula disiarkan pada 5 Mac 2025 mengambil slot tayangan DramaVaganza, Astro Ria, setiap Rabu dan Khamis pada pukul 9 malam. 

  • Hari Tayangan: Rabu dan Khamis
  • Masa: 9:00 malam
  • Slot: DramaVaganza
  • Saluran: Astro Ria

Dengan 24 episod yang dijadualkan, Drama Seribu Tahun dijangka akan menghiasi skrin televisyen penonton selama beberapa minggu, membawa kisah yang menarik sepanjang bulan Ramadan.

@mel_imsara08

radiusone_official BTS SERIBU TAHUN sebuah karya @budakijat terbitan Radius One yang bakal menemui anda bermula 18 FEBRUARI 2025 setiap ISNIN-RABU 9 MALAM di Astro Ria! Lakonan hebat > @azhan_rani @emma_maembongofficial @khiriah17 Dibantu oleh > @lailanasirofficial @ziemadin @alirezark @nazrief_nazri @zarif_ghaz @ladydidiemsia @azrulzaidi @ellysuhaili78 @norreen143 @ashrafmuslim @iedamoin79 @amynurtinie @shyrim_husni @qasehizwandy #SeribuTahun #Radiusone #Ramadan2025 #DramaRadiusOne #RadiusOne Official #fyp #fypage #fypviral #masukberandafyp

♬ Seribu Tahun – Imran Ajmain

Platform / Saluran TV

Siri drama terbaharu Astro ‘Seribu Tahun’ ini turut boleh dinonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.

    Untuk menonton melalui Astro GO atau Sooka, penonton boleh melanggan:

    • Pek Astro dengan pemasangan percuma dari RM41.99/bulan
    • Sooka dengan harga RM13.90/bulan tanpa kontrak. 

    Trailer/Promo

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut