Senarai Bangunan Tertinggi Di Dunia (1910-2024)

Saban tahun, banyak bangunan tertinggi di dunia telah dibina.

Sesetengah negara membina bangunan pencakar langit sebagai simbolik kuasa ekonomi negara tersebut.

Pertubuhan NGO antarabangsa Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) telah ditubuhkan pada tahun 1969 untuk mengumpulkan data-data mengenai bangunan paling tinggi di seluruh dunia.

CTBUH juga telah menetapkan piawaian untuk mengukur bangunan dan telah menyediakan senarai 100 bangunan siap tertinggi di dunia.

Berikut merupakan senarai bangunan paling tinggi di dunia daripada 1910 sehingga 2024.

Bangunan Tertinggi Di Seluruh Dunia (1910-2024)

1909-1913: Menara Metropolitan Life New York City, Amerika Syarikat (213 meter)

Bangunan ini mula dibina pada tahun 1907 dan pada tahun 1909, bangunan itu ini berjaya disiapkan yang menempatkan syarikat Metropolitan Life Insurance.

1913-1930: Bangunan Woolworth New York City, Amerika Syarikat (241 meter)

Bangunan Woolworth ialah bangunan kediaman setinggi 792 kaki atau 241 meter dan bangunan pencakar langit awal di 233 Broadway di kejiranan Tribeca Lower Manhattan di New York City.

Bangunan ini direka oleh Cass Gilbert dan bangunan tertinggi di dunia dari 1913 hingga 1929.

1930-1931: Bangunan Chrysler New York City, Amerika Syarikat (319 meter)

Bangunan Chrysler ialah sebuah bangunan gaya Art Deco di Bandar Raya New York, terletak di sebelah timur Manhattan. Bangunan ini siap dibina pada 1930 berukuran 1,046 kaki atau 319 meter tinggi dan mempunyai 77 tingkat.

1931-1973: Bangunan Empire State New York City, Amerika Syarikat (381 meter)

Bangunan Empire State adalah bangunan pencakar langit setinggi 381 meter dan mempunyai 102 tingkat di bandar raya New York.

Nama bangunan ini diambil dari nama gelaran New York dan pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dan di New York selama hampir empat tahun sejak 1931 mengalahkan Bangunan Chrysler hingga 1973.

1973-1998: Menara Wills Chicago, Amerika Syarikat (442 meter)

Menara yang berwarna hitam ini berketinggian 442 meter dan siap dibina pada tahun 1973.

Pada awalnya, ia diberi nama Menara Sears sebelum penyewaan utama ia diserahkan kepada Willis Group pada tahun 2009.

1998-2004: Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur, Malaysia (452 meter)

Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter yang turut dikenali dengan nama KLCC merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. 

Menara ini diinspirasi dari bentuk geometri yang ditemui dalam senibina Islam, bangunan mega ini direka oleh arkitek berbangsa Argentina-Amerika, iaitu Cesar Pelli.

2004-2009: Taipei 101, Taipei, Taiwan (508 meter)

Menara ini direka dengan motif rekaan daripada buluh dan pagoda ini setinggi 508 meter dengan 101 tingkat.

Menara ini pernah diiktiraf oleh majalah Newsweek sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Terbaharu Dunia dan Discovery Channel sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Kejuruteraan.

Menara ini juga memegang Rekod Dunia Guinness kerana memiliki lif penumpang yang terpantas di dunia.

2010-kini: Burj Khalifa, Emiriah Arab Bersatu (832 meter)

Burj Khalifa, dikenali sebagai Burj Dubai sebelum perasmiannya pada 2010, ialah sebuah bangunan pencakar langit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dengan jumlah ketinggian 829.8 m.

Burj Khalifa telah menjadi struktur dan bangunan tertinggi di dunia sejak ia mendahului pada 2009, menggantikan Taipei 101, pemegang status tersebut sebelum ini.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: