Portal SIMPENI JAKIM: Semakan Keputusan UPKK 2024/2025

Semakan UPKK 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

CARA SEMAKAN UPKK 2024 ONLINE MELALUI PORTAL SIMPENI JAKIM

Bermula pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dirancang dan diwujudkan dengan bantuan Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik.

Maklumat berkaitan serta pengurusan pelaksanaan penilaian dan ujian telah dimuatnaik di Portal SIMPENI JAKIM.

Berikut dikongsikan info penting serta tatacara tersebut kepada semua pihak yang berkaitan.

Baca juga: Keputusan UPKK 2024 (semakan.islam.gov.my) JAKIM

Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

1. Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 akan diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.

2. Majlis Pengumuman tersebut akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:

i) Nombor MyKid;dan
ii) Nombor Angka Giliran

4. Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 Mac 2025 / 11 Ramadan 1446H

Apakah Portal SIMPENI JAKIM?

SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok/Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.

Pelaksanaan SIMPENI ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaannya diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.

Sistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.

Login / Daftar Portal SIMPENI

Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke portal ini.

  1. Layari laman web simpeni.islam.gov.my
  2. Pilih button “log masuk”
  3. Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
    • Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX

Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2024/2025

Tarikh keputusan UPKK 2024 akan diumumkan pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut:

KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE DI PORTAL ONLINE JAKIM

Semakan keputusan UPKK boleh dibuat secara online di capaian berikut: https://semakan.islam.gov.my

Semakan keputusan secara online akan memaparkan keputusan seperti berikut:

Anda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:

KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi;

Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya
Telefon: 603 – 8870 7000
Faks: 603 – 8870 7003

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut