Hebahan umum : Semakan Keputusan temu duga SPP dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) bagi tahun 2024
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memaklumkan bahawa keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2024 kepada calon-calon daripada kalangan Graduan Pendidikan yang telah ditemu duga pada 18 September hingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak bermula pukul 5.30 petang pada 8 Februari 2024 melalui Portal SPP.
Seramai 6315 orang calon telah berjaya dalam temu duga dan layak dilantik sebagai PPP Gred DG41 untuk mengisi sebahagian daripada keperluan PPP di Gred DG41 secara Contract of Service (COS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.
Proses seterusnya adalah penempatan calon-calon yang berjaya di mana ia akan diuruskan oleh KPM.
Oleh itu, calon-calon yang berjaya diingatkan supaya sentiasa merujuk kepada Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dengan pelantikan COS boleh dibuat melalui pautan berikut : https://www.spp.gov.my
Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :
Calon yang berjaya diminta untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke Suruhanjaya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran sebelum urusan penempatan boleh dilaksanakan.
Sila rujuk Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
Cara Semakan Keputusan Temuduga SPP
Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut: https://www.spp.gov.my/
- Sila isikan nombor kad pengenalan anda dalam ruangan yang disediakan
- Tekan butang HANTAR
- Keputusan temuduga / permohonan anda akan dipaparkan
Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.
Calon-calon yang Berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.
Rujuk : FAQ Pengambilan Penjawat Awam Secara Kontrak Mulai Februari 2024
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:
- Laman web https://www.spp.gov.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/SPPHQ
- Twitter: https://twitter.com/sppmy