Semakan Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2025 / 2026

semakan mtd
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI : Semakan tawaran pemilihan / panggilan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus, termasuklah Maktab Tentera DiRaja (MTD) dibuka!

Perkara ini dimaklumkan oleh Maktab Tentera Diraja melalui sebuah hantaran di media sosial.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Maktab Tentera (MTD) atau yang lebih dikenali sebagai RMC (Royal Military College) dan cara membuat semakan tawaran bagi pemohon.

semakan mtd maktab tentera diraja

Apakah Maktab Tentera DiRaja (MTD)

Nama Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. 

Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM.

Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagam MTD iaitu

PIAGAM

Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahaan Negara

Piagam ini telah ilhamkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dengan tujuan apabila MTD ditubuhkan pada tahun 1952, maka ianya dapat membantu Negara melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 1957 nanti. Bagi menyambung matlamat dan inspirasi piagam tersebut sehingga hari ini, MTD telah meletak sebuah Visi dan Misi bagi menyokong matlamat piagam tersebut.

Visi

Menjadikan Maktab Tentera Diraja Sebagai Sebuah Institusi
Pendidikan Berprestasi Tinggi yang Terunggul

Misi

Menyediakan Sistem Pendidikan Berkualiti Dan Berprestasi Tinggi
Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa,
Berketrampilan dan Bersasiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam, Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia

Baca juga: PISMP 2025: Permohonan Calon Guru Tajaan KPM (IPG Online)

semakan mtd 2024 2025

    Semakan Tawaran Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD)

    Keputusan untuk calon yang layak ke temuduga/proses pengambilan Putera Maktab Tentera Diraja bagi tahun pengajian 2025/2026 boleh disemak mulai 04 November 2024. Untuk makluman, hanya calon-calon YANG LAYAK akan menerima surat jemputan temuduga melalui emel.

    Hebahan ini juga telah mula dibuat di platform media sosial MTD seperti Facebook, Instagram, dan TikTok, jadi jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terkini!

    Semoga berjaya kepada semua calon, dan terima kasih atas sokongan dan doa daripada ibubapa dan penjaga!

    PENGESAHAN KEHADIRAN

    Anda dikehendaki mengesahkan persetujuan menerima / menolak tawaran menghadiri sesi pemilihan Putera MTD menggunakan borang atas talian (Google form).

    Pautan borang disertakan dalam Kembaran C surat tawaran / panggilan.

    Maklumat lanjut, sila hubungi :

    • Unit Pengambilan MTD : 03-894 65555 sambungan 5562 / 63 / 64

    Tarikh Pendaftaran MTD Bagi Pelajar Baharu 2025

    Tarikh pendaftaran ke Sekolah Khusus bagi sesi 2025 dijangka pada sekitar bulan Februari/Mac.

    Pendaftaran bagi murid baharu MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/

    Baca juga: KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

    Maklumat Lanjut

    • Laman web: http://www.rmc.edu.my/
    • Telefon : 03-8872 6399
    • E-mel : [email protected]
    • Sel Promosi & Pengambilan MTD : 03-894 65555 sambungan 5562 / 63 / 64
    • Sekretariat Pemilihan : 011-1900 4349 / 011-1908 9549
    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut