Istiwa Adzam 27 Mei 2024 Malaysia & Cara Semakan Arah Kiblat

Istiwa Adzam 2024 Di Malaysia & Cara Semakan Arah Kiblat Info@Planetarium 201: Matahari tepat di atas Mekah (Kaabah) 27 Mei 2024, Isnin, jam 5.18 petang waktu Malaysia. Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05:18 petang, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi. Fenomena ini akan berlaku lagi pada 15 Julai 2024, Isnin, jam 5.27 petang waktu Malaysia. Bagaimana cara nak tentukan arah kiblat? Perlukah menggunakan kompas kiblat atau ada sebarang aplikasi yang memudahkan kita mencari kiblat di rumah? Anda boleh membuat semakan ketepatan arah kiblat di rumah melalui perisitiwa Istiwa Adzam yang berlaku 2 kali setahun. Selain itu, Google dengan teknologi augmented reality (AR) menghasilkan satu web khas bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mencari arah kiblat dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.Trending sekarangSyafiq Kyle, Transisi Dari Ustaz Adam Ke “Meth Killer” Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua kaedah semakan kiblat ini. Isi Kandungan tunjuk ISTIWA ADZAM 2024 DI MALAYSIA Cara Semakan Arah Kiblat Di Rumah (28 Mei 2024) Semak Kiblat Online Malaysia ISTIWA ADZAM 2024 DI MALAYSIA AYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 27 MEI 2024 INI Istiwa A’dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit (Istiwa) atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua (2) kali setahun. Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara ini membuat semakan arah kiblat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bilakah ia terjadi? Pada tahun 2024 […]

Istiwa Adzam 2024 Di Malaysia & Cara Semakan Arah Kiblat

Info@Planetarium 201: Matahari tepat di atas Mekah (Kaabah)

27 Mei 2024, Isnin, jam 5.18 petang waktu Malaysia.

Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05:18 petang, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

Fenomena ini akan berlaku lagi pada 15 Julai 2024, Isnin, jam 5.27 petang waktu Malaysia.

Bagaimana cara nak tentukan arah kiblat?

Perlukah menggunakan kompas kiblat atau ada sebarang aplikasi yang memudahkan kita mencari kiblat di rumah?

Anda boleh membuat semakan ketepatan arah kiblat di rumah melalui perisitiwa Istiwa Adzam yang berlaku 2 kali setahun.

Selain itu, Google dengan teknologi augmented reality (AR) menghasilkan satu web khas bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mencari arah kiblat dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua kaedah semakan kiblat ini.

ISTIWA ADZAM 2024 DI MALAYSIA

AYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 27 MEI 2024 INI

Istiwa A’dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit (Istiwa) atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua (2) kali setahun. Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara ini membuat semakan arah kiblat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.

Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

semakan kiblat istiwa adzam 2024
Sumber: Planetarium Negara

Bilakah ia terjadi?

Pada tahun 2024 peristiwa Istiwa A’dzam ini akan berlaku pada dua (2) tarikh dan masa seperti berikut:

  • 27 Mei 2024 jam 5:18 petang; dan
  • 15 Julai 2024 jam 5:27 petang.

Marilah bersama membuat semakan Arah Kiblat kita semasa fenomena ini.

Cara Semakan Arah Kiblat Di Rumah (28 Mei 2024)

Berikut adalah cara menyemak arah kiblat adalah berpandukan fenomena yang dikenali sebagai Istiwa Adzam.

Pada jam 5.18 petang (27 Mei 2024) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Fenomena ini juga berlaku pada jam 5.27 petang (15 Julai 2024).

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

Pada masa tersebut, kita boleh menyemak kedudukan kiblat dengan cara berikut:

Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional

Bahan² diperlukan:

  1. Kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak@boleh berdiri tegak).
  2. Masking Tape.
  3. Pen Marker.

Cara-cara:

  1. Setkan masa untuk membuat semakan pada 28 Mei 2023, tepat jam 5.16 petang (semak jam Waktu Standard SIRIM atau telefon 1051).
  2. Pacakkan / Letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
  3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  4. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.
  5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.
  6. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
  7. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

Penerangan:
Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei* (kecuali Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia)

Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).

(Jika tahun lompat, maka fenomena tersebut jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.

p/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).

Sumber: JAKIM

Untuk maklumat lanjut, anda boleh download PDF yang dihasilkan oleh FalakOnline di sini.

Semak Kiblat Online Malaysia

Aplikasi terkini dari JUPEM!

MyKiblat adalah aplikasi saintifik yang menggunakan koordinat peranti pengguna untuk menghitung azimut kiblat, waktu solat dan waktu lintasan matahari di atas garisan kiblat. Dengan menggunakan aplikasi in, pengguna dapat mencari arah kiblat melalui 3 panduan iaitu, secara Augmented Reality atau paparan peta atau menggunakan kaedah bayang matahari.

  • Waktu Solat @ Realtime Location;
  • Azimut Kiblat @ Realtime Location;
  • Arah Kiblat secara Augmented Reality @ Realtime Location;
  • Arah Kiblat secara paparan peta @ Realtime Location;
  • Waktu bayang searah kiblat @ Realtime Location;
  • Boleh digunakan di mana mana lokasi seluruh dunia.

Mudahnya nak cari kiblat …. Jom muat turun MyKIBLAT JUPEM!

semakan kiblat istiwa adzam 2024

Ia boleh dimuatnaik secara percuma di:

Sebarang pertanyaan dan maklum balas, boleh melalui emel [email protected]

Aplikasi berasaskan web yang dikenali Qibla Finder ini menggunakan lokasi Kaabah  (Lat 21.4224779 Long 39.8251832) dan lokasi pengguna (GPS) untuk menentukan kiblat yang tepat.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  1. Layari Qibla Finder menerusi pelayar web anda (Chrome, Safari, Mozilla, etc)
  2. Untuk dapatkan arah kiblat yang lebih tepat sila buat gerakan angka 8
  3. Kemudian halakan telefon anda ke arah Kaabah

Untuk maklumat lanjut, layari Google Qibla Finder.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!