TARIKH & SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2024
Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024/2025 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini boleh disemak dengan mudah.
Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK secara online atau melalui SMS.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang UPKK dan cara semakan keputusan secara online.
Pengenalan UPKK
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
Tarikh Pengumuman Semakan Keputusan UPKK 2024 Mulai 20 Mac 2025
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BERKENAAN
MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 akan diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
2. Majlis Pengumuman tersebut akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
3. Ibu bapa / Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:
- i) Nombor MyKid;dan
- ii) Nombor Angka Giliran
4. Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 Mac 2025 / 11 Ramadan 1446H
Cara Semakan Keputusan UPKK 2024
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ini boleh disemak melalui kaedah berikut
KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE
Laman Web khas JAKIM di capaian https://semakan.islam.gov.my/
*(Semakan keputusan akan dibuka hanya pada tarikh yang diumumkan nanti.)
Semakan online akan memaparkan keputusan seperti berikut:
Ibu bapa / Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/
Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh boleh didapati daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Baca juga: Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124
NOTA: Selain semakan online, ibu bapa / penjaga jangan lupa mendapatkan Slip UPKK Tahun 2024 daripada pihak Sekolah Agama masing-masing.
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan UPKK 2024
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA, sila rujuk saluran berikut:
- Media sosial JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- Portal SIMPENI : https://simpeni.islam.gov.my/