SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2025
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2025 untuk semester 3 akan diumumkan pada
Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah siaran media dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang terlibat.
Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 bagi semester 3 akan dikeluarkan pada Selasa, 24 Jun 2025.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian mulai pukul 11.30 pagi pada hari tersebut.
Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024.
Tarikh pengumuman keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM 2024 adalah pada tarikh dan waktu berikut:
- Hari : Selasa, 24 Jun 2025
- Masa : 11.30 pagi
Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:
Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:
KAEDAH SEMAKAN
i) Semakan melalui Pautan MPM
Sila layari pautan pantas https://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia di https://www.mpm.edu.my/stpm-online/semakan-keputusan-stpm
Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.
Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.
ii) Semakan Melalui SMS
STPM<jarak>No. KP<jarak>Angka Giliran dan hantar kepada 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 Jun 2025 (Selasa), mulai jam 11 pagi.
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]
Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025
MAKLUMAN KEPUTUSAN RAYUAN SEMAKAN SEMULA SEMESTER 3 STPM 2024 DAN KEMAS KINI KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2024 BAGI CALON YANG TERLIBAT
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]
Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu kertas dan secara dalam talian.
Keputusan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan dan boleh disemak di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Sementara itu, keputusan keseluruhan STPM 2024 bagi calon yang terlibat dengan semakan semula tersebut akan dikemaskini dan dihantar secara terus oleh MPM di sistem UPU bagi tujuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:
- Laman web : http://www.mpm.edu.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
- Instagram : https://www.instagram.com/majlispeperiksaan/
Baca juga: