Semak SYARAT UiTM: Semakan Kelayakan Kemasukan UiTM 2022

semak syarat uitm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SEMAK SYARAT UITM: SEMAKAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE UITM

Kenali program-program bersesuaian yang ditawarkan oleh UiTM dan dapatkan peluang untuk mengenalpasti program yang sepadan dengan minat anda!

Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.

Di sini kami kongsikan cara membuat semakan syarat kelayakan anda berdasarkan keputusan SPM / STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma IPT lain.

Apakah Sistem Semak SYARAT UiTM?

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semak SYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM.

Ianya lebih mudah diakses dan difahami dan boleh disemak secara atas talian sahaja!

Jom kami kongsikan caranya.

Cara Semakan

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan syarat kelayakan program UiTM di web app semakSYARAT:

  1. Buka web app semakSYARAT di telefon pintar (Google Chrome di Android dan Safari di iOS) atau terus ke pautan https://selangkah.uitm.edu.my
  2. Buka menu dan tekan pilihan Semak Syarat
  3. Pilih Peringkat Pengajian & Kategori dan isi ruangan yang disediakan.
  4. Tekan butang Semak
  5. Hasil semakan menunjukkan bilangan program yang layak dimohon. Tekan nama program untuk maklumat lanjut.
  6. Paparan rekod semakan yang lalu boleh diakses pada bila-bila masa.
semak syarat uitm
semak syarat uitm

Penafian:

Semakan syarat kelayakan program pada sistem ini adalah berdasarkan kelayakan akademik sahaja. Penawaran ke program yang terlibat adalah mengikut kaedah meritrokrasi.

Kekuatan UiTM

  • Graduan UiTM fasih berbahasa Inggeris.
  • Sistem pengajaran dan pembelajaran UiTM menggalakkan aktiviti keusahawanan.
  • Universiti Komprehensif yang menawarkan kepelbagaian program – mewujudkan sinergi gabungan antara bidang dalam penyelidikan.
  • Keberadaan UiTM di setiap negeri.

Soalan Lazim Berkaitan Permohonan & Semak Syarat UiTM

Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM?

TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan BUMIPUTERA sahaja.

Berapa kalikah pengambilan pelajar di UiTM dibuat setahun?

2 kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan. Sila klik di sini untuk melihat jadual pengambilan.

Bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UiTM?

Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan seperti di JADUAL 1 di atas.

Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan.

Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UiTM?

Ya. Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan ke UiTM.

Bagaimanakah saya boleh menyemak status keputusan permohonan kemasukan ke UiTM?

Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke UiTM melalui http://online.uitm.edu.my

Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?

Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program.

Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi?

Anda boleh menyemak syarat kelayakan melalui http://www.selangkah.uitm.edu.my/ atau membaca syarat kemasukan melalui http://online.uitm.edu.my

Baca juga:

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut