Ancaman doktor palsu semakin meningkat, menyebabkan pengguna perlu lebih berhati-hati dan antara caranya adalah dengan semak nombor pendaftaran doktor bertauliah.
Kesihatan adalah aset paling berharga, dan mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah adalah satu keutamaan.
Artikel ini akan membincangkan cara menyemak nombor pendaftaran doktor berlesen serta beberapa tips untuk mengelak daripada menjadi mangsa doktor palsu.
Cara Semak Nombor Pendaftaran Doktor Berlesen
Di Malaysia, semua doktor yang berlesen perlu berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC). Anda boleh menyemak status doktor melalui langkah berikut:
- Lawati laman web rasmi MMC di mmc.gov.my.
- Gunakan sistem pencarian doktor berdaftar. MMC menyediakan fungsi carian di laman mereka. Masukkan nama doktor atau nombor pendaftaran untuk menyemak status mereka. Layari halaman https://merits.mmc.gov.my/search
Semak maklumat doktor. Pastikan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran, dan tempat mereka berkhidmat adalah konsisten dengan maklumat yang diberikan kepada anda.
Jika anda tidak dapat menemui maklumat doktor, hubungi MMC secara langsung untuk mendapatkan pengesahan.
Artikel berkaita: e-Dentist: Permohonan Penempatan Doktor Gigi Lantikan Baru
Tips Mengelakkan Doktor Palsu
Untuk melindungi diri daripada doktor palsu, ikuti beberapa langkah mudah ini:
a. Pastikan klinik atau hospital berdaftar
Doktor yang sah biasanya berkhidmat di klinik atau hospital berlesen. Semak lesen premis tersebut yang biasanya dipaparkan di kaunter.
b. Periksa sijil dan lesen doktor
Setiap doktor perlu memaparkan sijil perubatan dan lesen yang sah. Pastikan sijil tersebut daripada universiti atau institusi perubatan yang diiktiraf. Semak nombor pendaftaran doktor menggunaka kaedah yang dinyatakan di atas.
c. Tinjau kelayakan doktor
Kelayakan doktor seperti ijazah dan pendaftaran dengan MMC boleh diperiksa. Doktor palsu sering kali tidak mempunyai dokumentasi lengkap.
d. Semak kepakaran seseorang doktor
Anda boleh gunakan laman web NSR https://nsr.org.my/list11.asp untuk menyemak sama ada doktor tersebut benar-benar seorang pakar perunding sesuatu bidang tersebut.
e. Waspada terhadap tawaran rawatan luar biasa
Elakkan doktor yang menawarkan rawatan atau ubat dengan janji-janji luar biasa seperti “penyembuhan segera” tanpa bukti saintifik.
f. Dapatkan pendapat kedua
Jika anda ragu dengan diagnosis atau rawatan yang diberikan, dapatkan pendapat kedua daripada doktor lain untuk memastikan kebenaran.
Maklumat lanjut
Sekiranya ada sebarang keraguan atau pertanyaan, sila hubungi pihak MMC:
Phone : 03-26912171
Email : [email protected]