Bagi penumpang FireFly, pastikan anda self check in penerbangan anda bagi memastikan anda dibenarkan masuk menaiki pesawat.
“Check in” merupakan proses wajib bagi setiap penumpang FireFly dan mana-mana pesawat lain seperti Malaysia Airlines atau AirAsia sebagai pengesahan bahawa seseorang penumpang itu benar-benar akan menaiki pesawat itu.
Namun, setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi mereka sendiri mengenai tempoh masa dibenarkan check ini.
Pelbagai Cara Untuk Check In Firefly
Bagi penumpang FireFly, terdapat 4 cara atau kaedah untuk anda check ini penerbangan anda iaitu:
- Di kaunter Batik Air di lapangan terbang
- Di kiosk layan diri di lapangan terbang
- Di web Malindo Air
- Di aplikasi mudah alih
Walau bagaimanapun, anda digalakkan melalukan proses self check In penerbbangan Firefly anda secara online (kaedah nombor 3 dan 4) untuk mengelakkan perlu beratur panjang di lapangan terbang dan menghadapi risiko terlepas penerbangan.
Polisi Check In Firefly Secara Online
Penumpang boleh mendaftar masuk untuk penerbangan keluar DAN pulang secara berasingan seawal 7 hari (24 jam untuk kod perkongsian) hingga tarikh berlepas yang dijadualkan dan sehingga SATU jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Untuk semua penerbangan keluar/pulang Indonesia, keluar/balik Thailand dan keluar Singapura Seletar, penumpang mesti mendaftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.
Perkhidmatan Daftar Masuk Web TIDAK tersedia untuk golongan penumpang di bawah:
- Penumpang yang melancong dengan bayi.
- Penumpang yang kurang upaya dan mereka yang memerlukan bantuan khas.
- Tempahan lebih daripada 9 penumpang.
Daftar masuk melalui web
Proses mendaftar masuk sangat mudah.
- Layari laman web Check In Firefly di alamat https://booking.fireflyz.com.my/WebCheckIn.aspx
- Masukkan maklumat di bawah seperti yang diminta:
- Booking via (Pembelian sama ada melalui FireFly atau Malaysia Airlines)
- Confirmation Number (No rujukan pembelian tiket)
- Departing (Lokasi berlepas)
- Arriving (Destinasi)
Daftar masuk melalui aplikasi mudah alih
Sebagai alternatif, anda juga boleh self check in secara online melalui aplikasi mudah alih FireFly di peranti Android ataau iOS anda.
Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sah sahaja bagi memastikan peranti anda digodam atau dipassang perisian hasad.