Selawat Nabi Muhammad S.A.W & Makna Selawat

Selawat Nabi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebagai umat Islam, kita sangat dituntut dan digalakkan untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Selawat ini merupakan pujian dan doa kita kepada Allah S.W.T supaya dilimpahkan rahmat atas Rasulullah S.A.W.

Jadi di sini, kami akan kongsikan kepada anda selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W serta makna selawat tersebut. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.

Apa itu Selawat?

Perkataan “Selawat” itu merupakan sebuah perkataan yang dibentuk dari perkataan “Solat” yang membawa maksud doa atau pujian. Selawat ini telah ditakrifkan sebagai “doa kesejahteraan ke atas Nabi” oleh Kamus Dewan Edisi Keempat.

Oleh itu, ibadah selawat ini sangatlah digalakkan dan dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam. Melalui ibadah ini, kita telah mendoakan kesejahteraan ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan dalam masa yang sama kita turut memperoleh pahala ibadah.

Selawat juga merupakan satu-satunya ibadah yang dilakukan oleh manusia, para malaikat dan Allah S.W.T. Perkara ini telah dijelaskan dalam Surah Al-Ahzab ayat ke-56 berikut:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Makna: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Surah Al-Ahzab : 56

Selawat Nabi & Terjemahan

Berikut adalah selawat nabi yang boleh anda amalkan bersama terjemahannya:

Bacaan Rumi

Bagi anda yang tidak tahu membaca jawi atau baru sahaja belajar membaca, anda boleh menggunakan bacaan rumi di bawah sebagai panduan dalam berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W:

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Ya Nabi Salamun ‘Alaika
Ya Rasul Salamun ‘Alaika
Ya Habibu Salamun ‘Alaika
Solawatullah ‘Alaika

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Ashraqol badru ‘alaina
Fakhtafat minhul buduuru
Misla husnika maa roainaa
Qotthu ya wajhas-sururi

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Anta syamsun anta badru
Anta nuurun fauqa nuuri
Anta iksiirun wargholii
Anta misbaahus-suduuri

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Ya Habibi Ya Muhammad
Ya ‘Arusal khofi qoini
Ya Muayyadu ya mumajjad
Ya imamal Qiblataini

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Man ra’A wajhaka yas’ad
Ya Karimal walidaini
Haudukas-sofil mubarrad
Wirdunaa yauman-nusyurii

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

‘Alimussirri wa ahfaa
Mustajibud-da ‘awati
Robbi irhamna jamii’a
Bijami’is-solihati

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Wasolatullah ‘ala ahmad
‘Adda tahriris-suthuri
Ahmadul hadii Muhammad
Sohibul wajhil muniri

Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam
Sollallahu ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alahi wasallam

Allahumma solli wasallim wabarik ‘alaih

Kelebihan Berselawat

Terlalu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ini.

Menurut Dr. Khairul Anwar Mustafa, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), dalam Buletin Khas MAULIDUR RASUL SAW 1444H terdapat 42 kelebihan berselawat ini. Antaranya ialah:

  • Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan.
  • Dituliskan oleh Malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  • Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  • Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  • Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
  • Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  • Allah akan menutupi segala perasaan dukacita.
  • Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW.
  • Mendapat darjat al-Sidq.
  • Ditunaikan segala hajat.
  • Salam sejahtera pada hari kiamat.
  • Allah dan para Malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
  • Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
  • Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  • Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dilafazkan.
  • Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  • Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  • Tidak akan merasai fakir.
  • Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  • Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.
  • Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
  • Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
Selawat Nabi

Video Bacaan

Bagi anda yang ingin mendengar bacaan selawat nabi ini, anda boleh tonton video di bawah yang disediakan oleh BAZLI CHANNEL:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut