Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa dekat dan panjang.
Program itu dijangka menyediakan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan bersesuaian dengan kemahiran tenaga kerja dalam tempoh 3 tahun.
Baca juga: ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)
Di sini kami kongsikan maklumat lebih lanjut tentang Portal Kerjaya ini dan cara mendaftar di portal tersebut.
Apakah Selangor Kerjaya?
Program Selangor Kerjaya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan.
Calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku.
Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos.
Selain itu, portal ini juga berinteraksi dengan orang ramai secara terus menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan Whatsapp.
Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2021
Cara Pendaftaran
Pendaftaran dibuka kepada tenaga kerja dan majikan yang berminat mendapat tenaga kerja yang menepati permintaan penawaran pekerjaan.
Tenaga kerja yang berjaya akan menjalani program latihan dalam talian yang ditetapkan bersama dengan majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran.
Untuk mendaftar dan mendapatkan info terkini tentang kekosongan jawatan di Portal Selangor Kerjaya, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web www.selangorkerjaya.com.my
- Tekan butang DAFTAR SEKARANG
- Isikan maklumat peribadi dalam ruang yang disediakan
- Buat pengesahan dan tekan ‘tick’ dalam kotak.
- Tekan butang SUBMIT
Keistimewaan / Keunikan Portal Selangor Kerjaya
Pendekatan unik portal ini adalah pemadanan calon yang sesuai dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenalpasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.
Selain itu, berbeza dengan portal lain, Selangor Kerjaya adalah unik kerana ia berinteraksi dengan orang ramai secara terus menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan Whatsapp.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila follow Facebook https://www.facebook.com/SelangorKerjaya untuk update terkini.
E-mel : [email protected]
Telefon : +6012 7175774