Untuk mereka yang akan melansungkan perkahwinan, sudah pasti ucapan tahniah bakal diterima oleh pelbagai pihak atas tanda gembira dengan perkahwinan tersebut.
Namun, apakah ucapan yang boleh anda ungkapkan kepada bakal pengantin ketika hari berbahagia mereka?
Berikut adalah contoh-contoh ucapan yang boleh diungkapkan pada hari tersebut.
Mengenai Ucapan Selamat Pengantin Baru
Ucapan kepada pengantin baru ialah ucapan yang diucapkan kepada pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.
Ucapan ini diucapkan bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran terhadap kedua-dua mempelai tersebut yang telah selamat melangsungkan perkahwinan.
Selain itu, ucapan ini diucapkan bagi menyampaikan harapan dan doa yang baik untuk paangan suami dan isteri tersebut.
Hukum Memberi Ucapan Selamat Pengantin Baru
Hukum memberi ucapan kepada pengantin dan mendoakannya adalah harus berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: “BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)” (Sunan Tirmizi No: 1011).
Contoh Ucapan Selamat Pengantin Baru
Antara contoh ucapan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- “Tahniah kepada [nama pengantin] yang baru sahaja memasuki dunia perkahwinan! Semoga setiap saat bersama-sama membawa kegembiraan dan keindahan yang abadi.”
- “Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pasangan mempelai! Semoga kehidupan selepas ini dipenuhi dengan cinta, kebahagiaan, dan kejayaan yang tidak terhingga.”
- “Selamat Pengantin Baru! Semoga cinta yang indah ini menjadi asas kebahagiaan dan kesejahteraan yang kekal dalam hidup anda berdua.”
- “Selamat melangkah ke dalam babak baru dalam kehidpan! Semoga kasih sayang dan kebahagiaan sentiasa mengiringi.”
- “Tahniah di atas ikatan perkahwinan yang indah ini! Semoga kehidupan [nama pengantin] dipenuhi dengan momen-momen manis dan kenangan yang abadi.”
- “Tahniah, semoga kehidupan anda berdua dipenuhi dengan cinta yang mendalam, kesetiaan yang teguh, dan kebahagiaan yang tak terhingga.”
- “Selamat Pengantin Baru [nama pengantin]! Setiap langkah ke hadapan akan membawa anda lebih dekat dengan impian-impian dan harapan-harapan yang menjadi satu.”
- “Tahniah di atas ikatan suci ini. Semoga hidup berdua sentiasa dipenuhi dengan kebahagiaan, keceriaan, dan kehidupan yang penuh makna.”
- Selamat menempuh hidup baru kawan. Semoga bersama dengan ikatan pernikahan menjadikan kalian keluarga yang selalu dalam lindungan tuhan, penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan.
- Sungguh kerajaan cinta itu benar-benar nyata. Selamat pengantin baru sahabat!
- Aku melihat langit hari ini indah penuh dengan bintang berkelipan. Kau tahu kenapa? Kerana hari ini dua orang sahabatku sedang mengikat janji suci. Semoga bahagia kawan, jaga keluarga kecilmu baik – baik
- Selamat menempuh hidup baru sahabatku. Tahniah! Akhirnya saat yang engkau nantikan tiba juga hari ini.
- Selamat menempuh kehidupan yang baru sahabat. Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaan kalian dan menyempurnakan ibadah kalian.
Ucapan yang simple juga boleh diucapkan seperti:
- Selamat berbahagia sahabatku. Selamat atas pernikahan kalian.
- Selamat pengantin baru, jaga pasanganmu sebaik mungkin.
- Selamat pengantin bau! Semoga redha Allah SWT sentiasa menyertai kalian berdua.
- Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia dengan kehidupan baru.
Sumber: