“Selamat Bersara”, itulah ungkapan yang diucapkan kepada seseorang individu yang bakal atau telah bersara daripada dunia pekerjaan.
Sambutan hari persaraan biasanya dianjurkan untuk menghargai jasa seseorang pekerja yang telah menabur bakti di sesebuah syarikat atau organisasi.
Tahap sambutan hari persaraan berbeza bergantung pada jawatan pekerja tersebut dan jenis sambuta persaraan juga berbeza antara sesebuah syarikat/organisasi dengan syarikat/organisasi yang lain.
Di peringkat sekolah, setiap seorang daripada kita mungkin pernah mempunyai pengalaman menyambut Hari Persaraan salah seorang guru kita.
Contoh ucapan persaraan
Berikut merupakan beberapa contoh ayat yang boleh diucapkan bagi menghargai individu yang bersara, selain ungkapan “Selamat Bersara”
Conto Ucapan 1
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
InsyaAllah, panjang usia kita berjumpa lagi.
Contoh Ucapan 2
Tuai padi di hujung bendang,
Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
Sisi baik dikongsi bijak.
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.
Pandai terbilang putera perkasa,
Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori
Contoh Ucapan 3 – Guru
Tanggal [tarikh] maka tamatlah sudah perkhidmatan seorang guru yang sangat rajin, berdedikasi dan komited dengan tugasnya. Beliau ialah [nama guru]. Meskipun tempoh perkhidmatan beliau di [nama sekolah] hanyalah 2 tahun lebih namun keberadaannya di [nama sekolah] meninggalkan kesan yang abadi khasnya kepada anak-anak didiknya dan seluruh warga [nama sekolah].
[nama sekolah] kehilangan seorang lagi guru yang sangat berdedikasi, komited, lemah lembut dan penyayang dengan anak-anak muridnya. Tanpa penat dan jemu, beliau menabur bakti selama [jumlah tahun] tahun dalam perkhidmatan pendidikan, maka tarikh [tarikh] adalah tarikh pemisah antara beliau dengan kerjayanya sebagai guru lantaran faktor persaraan.
Selamat bersara. Jasamu akan terus dikenang.
Contoh Ucapan 4
Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu wahai guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.
Naik pedati pergi bertapa,
Meredah pepohon jalan beriringan,
Jasa dan bakti tidak dilupa,
Seribu tahun jadi kenangan.
Contoh Ucapan 5
Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa jua.
Kereta selisih di Kuala Kedah,
Jalan sehala ke hujung jeti,
Terima Kasih ucapan terindah,
atas segala jasa dan bakti.
Contoh Ucapan 6 – Guru
Pengurusan pentadbiran dan warga sekolah [nama sekolah] merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat Cikgu [nama] yang akan bersara secara pilihan har ini [tarikh] setelah menabur jasa bakti dalam dunia pendidikan selama lebih kurang [jumlah tahun perkhidmatan] dan berkhidmat di [nama sekolah] selama [jumlah tahun]
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan buat beliau sehingga ke akhirat sana.
Promosi: Tempah banner untuk Majlis Perpisahan dengan harga menarik
Poster / Background Persaraan
Terdapat beberapa contoh background poster bersara yang anda boleh muat turun daripada pautan-pautan di bawah:
Contoh / Idea hadiah persaraan
Selain ucapan atau perarakan bagi meraikan individu yang bakal bersara, anda juga boleh memberikan hadiah istimewa bagi menghargai staf yang bersara.
Berikut merupakan beberapa idea hadiah selamat bersara yang boleh anda berikut:
- Bingkai gambar – Disertakan dengan gambar momen istimewa si penerima sewaktu berkhidmat
- Set Tupperware – Tahan lasak dan tahan lama. Pastinya penerima akan mengingati bekas tempat kerja mereka setiap kali menggunakannya.
- Dompet – Hadiah yang sangat berguna dan disukai ramai penerima
- Sejadah – Semoga setiap kali penerima menggunakannya, si pemberi mendapat pahala
- Cenderahati ukiran kayu – Sesuai dijadikan perhiasan
Artikel berkaitan: 13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik Untuk Dijadikan Sebagai Kenangan