Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi tahun 2025
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 15 Julai hingga 15 September 2024.
Berikut dikongsikan syarat-syarat dan info lanjut mengenainya dan cara permohonan bagi kemasukan tahun 2025.
Apakah Sekolah Seni Malaysia?
Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Iaitu; menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Definisi
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Falsafah
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Lokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia
Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:
i. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.
Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-3870215 Faks : 07-3860215 Emel : [email protected] | |
Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Lot 7794, Blok 9, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah, 93050 Santubong, Kuching, Sarawak Tel : 082-510356 / 536185 Faks : 082-513917 Emel : [email protected] | |
Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Jalan Seladang Off Jalan Pasar, 55100, Kuala Lumpur, Emel : [email protected] | |
Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP), Kampung Baharu, Simpang Jalong, 31100, Sg. Siput (U), Perak. Tel : 05-5951350 Faks : 05-5951351 Emel : [email protected] | |
Program Pendidikan Seni, SMK Elopura, Peti Surat 1091, 90712, Sandakan, Sabah. Tel : 089-532036 Faks : 089-533960 Emel : [email protected] |
Subjek Yang Diajar Di Sekolah Seni Malaysia
Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Muzik;
b) Tarian;
c) Teater/Seni Lakonan;
d) Seni Visual
Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
a) Pendidikan Kesenian – seni muzik;
b) Pendidikan Kesenian – seni tari;
c) Pendidikan Kesenian – seni teater;
d) Pendidikan Kesenian – seni visual;
e) Bahasa Melayu;
f) Bahasa Inggeris;
g) Matematik;
h) Sains;
i) Sejarah;
j) Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;
k) Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.
Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
Teras:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik Moden;
e) Sains;
f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;
Elektif Kesenian
a) Muzik;
b) Tari;
c) Teater;
d) Seni Halus;
e) Komunikasi Visual;
f) Reka Bentuk.
Elektif Kemanusiaan
a) Prinsip Akaun;
b) Perdagangan;
c) Kesusasteraan Melayu.
Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Syarat Kemasukan
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Tarikh Permohonan
Sistem Permohonan ke Sekolah Seni dibuka mulai 15 Julai hingga 15 September 2024.
Cara Permohonan
- Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
- Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.
- Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.
- Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video).
- Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.
Sila rujuk manual pengguna di bawah:
Sesi Ujibakat
1. Uji bakat dilaksanakan melalui Sesi Serlahan Seni secara bersemuka di lokasi yang akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian boleh menyemak tarikh dan lokasi uji bakat serta mencetak surat panggilan melalui sistem mengikut tarikh yang akan dimaklumkan kemudian melalui emel. Sila pastikan alamat emel yang diberikan semasa mengisi permohonan adalah emel yang aktif.
3. Calon perlu untuk membawa bersama cetakan borang permohonan yang telah disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum semasa menghadiri sesi uji bakat.
4. Bagi calon yang tidak dapat hadir ke Sesi Serlahan Seni secara bersemuka untuk uji bakat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak, calon dibenarkan untuk menghantar rakaman persembahan melalui CD/emel (muat naik rakaman ke dalam google drive atau youtube) dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Rakaman yang lewat dihantar tidak akan diproses.
5. Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa menghadiri Sesi Serlahan Seni / membuat rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).
6. Hanya calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian dan melalui sesi uji bakat sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pemilihan.
Semakan Keputusan
Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Januari / Februari 2025 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan).
Semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
Permohonan Rayuan
Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
Rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi, En Muhammad Daneal Syawal bin Abdullah di talian: 03-88721625
Atau emelkan pertanyaan ke: [email protected]