SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

sarawak pay
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sarawak Pay telah menjadi aplikasi e-wallet popular di kalangan rakyat Sarawak sejak beroperasi pada November 2017. 

Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacukan ekonomi Sarawak melalui inisiatif ekonomi digital, serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak. 

Sarawak Pay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah.

Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang SarawakPay dan bagaimana anda boleh mendaftarkannya untuk menerima bayaran BKSS 6.0 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang).

Apakah Sarawak Pay?

Pada asasnya, anda boleh membeli barangan, menyelesaikan bil utiliti dan majlis bandaraya anda melalui telefon bimbit anda bila-bila masa tidak kira dimana anda berada dengan SarawakPay.

Seperti juga e-Wallet yang lain, apa yang perlu anda lakukan ialah imbas dan bayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan Sarawak Pay atau pada bil anda.

Nilai ganjaran tunai boleh digunakan untuk membayar bil anda dengan serta-merta melalui Sarawak Pay. Ini adalah ciri yang menarik dari e-Wallet.

Sarawak Pay memudahkan proses menerima dan membuat bayaran untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.

Untuk memastikan penyertaan dari penduduk luar bandar, Sarawak Pay dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (agen-agen yang diberi kuasa BSN) di tempat-tempat tiada akses kemudahan perbankan seperti mesin juruwang automatik (ATM).

Baca juga: BPR Tambahan: Semakan Bayaran RM100, RM300 & RM500 Akhir Jun Ini

Cara Pendaftaran Sarawak Pay

Jika anda belum menggunakan SarawakPay, anda boleh memuat turunnya di Google Play atau App Store.

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi SarawakPay melalui aplikasi  Google Play atau App Store.
  2. Pilih kewarganegaraan anda.
  3. Isikan butiran maklumat anda.
  4. Isikan butiran peribadi.
  5. Tangkap dan upload gambar MyKad anda.
  6. Rakam video selfie anda.
  7. Masukkan nombor TAC yang diterima.
  8. Daftarkan pin pembayaran 6 digit yang baru.
  9. PIN ini diperlukan untuk proses pembayaran Sarawak Pay nanti.
  10. Selesai. Pendaftaran berjaya!
sarawak pay

Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal

Cara daftar Sarawak Pay sebagai

  1. Muat turun dan daftar di aplikasi SarawakPay sebagai pengguna. 
  2. Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran. 
  3. Muat Naik
    • Gambar IC (Depan & Belakang)
    • Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
      * Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
      * Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
  4. . Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak SarawakPay untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.
  5. Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran
  6. Templat QR kod SarawakPay boleh dimuat turun di SINI
  7. Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi SarawakPay
daftar sarawak pay

Cara Daftar Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan

  1. Muat turun dan isi borang permohonan di sini
  2. Sertakan dokumen sokongan berikut
    • Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank
    • Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.
    • Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan
  3. Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda.
  4. Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMAN
  5. Muat turun Surat Persetujuan di sini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut