10+ Cadangan Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor
Anniversary bakal tiba, tapi masih tak tahu nak sambut kat mana?
Jangan risau, kalau anda berada di Johor, ada banyak tempat menarik untuk anda raikan anniversary anda bersama pasangan.
Untuk membantu memudahkan anda, berikut kami kongsikan lebih 10 cadangan tempat makan sambut anniversary di Johor untuk tahun 2025.
BACA JUGA: 15+ Coffee Shop di Johor – Lepak & Remote Work
10+ Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor
1. Costa Beach Bistro
- Alamat: 2, Kampung Senibong, 81750 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 PM–12 AM
Costa Beach Bistro antara tempat makan romantik paling popular di Johor Bahru untuk sambutan anniversary.
Restoran ini menyediakan pakej makan malam romantik yang menarik dengan pilihan menu makanan laut segar dan hidangan barat. Terdapat juga dekorasi istimewa khusus untuk mereka yang ingin meraikan sambutan-sambutan tertentu.
Ditambah pula dengan suasana tepi pantai, makan malam anda di sini pasti akan jadi lebih intim dan memorable.
Selain itu, anda juga boleh menempah servis fotografi yang disediakan untuk merakam setiap momen indah bersama pasangan.
2. Suasana Suites Café
- Alamat: Level 33A, 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30 AM–10:30 PM
Suasana Suites Café juga antara pilihan terbaik untuk sambut anniversary di Johor Bahru. Kafe ini terletak di rooftop Suasana All Suites Hotel.
Ia menawarkan pengalaman makan yang eksklusif dengan view skyline Johor Bahru yang sangat cantik terutamanya waktu malam.
Dekorasi di kafe ini ringkas tapi classy. Dengan pencahayaan malap, ia berjaya mencipta mood romantik tanpa perlu terlalu berlebihan.
Ada macam-macam jenis hidangan yang anda boleh pilih antaranya hidangan barat, fusion, masakan Melayu dan sebagainya.
Bagi yang nak candlelight dinner simple tapi sweet, tempat ini memang sangat sesuai!
3. Tosca Italian Trattoria, Doubletree Hilton
- Alamat: 01-02, Ibrahim International Business District (IIBD, Menara Landmark, Level 13, DoubleTree by Hilton, 12, Jalan Ngee Heng, 80888 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 12 PM–12 AM
Kalau anda nak raikan anniversary dalam suasana yang lebih mewah dan eksklusif, Tosca Italian Trattoria di DoubleTree by Hilton JB adalah pilihan yang sangat ideal. Restoran ini menawarkan pengalaman makan malam ala Itali dengan suasana romantik di tepi kolam.
Dengan pencahayaan lembut, muzik latar yang tenang dan layanan bertaraf hotel lima bintang. pengalaman sambut anniversary anda di sini pasti terasa lebih istimewa. Kalau anda mahukan privasi, restoran ini ada menyediakan ruang makan semi-privat dengan dekorasi moden dan romantik.
Menu di Tosca ada pelbagai jenis. Semuanya disediakan dengan kualiti tinggi dan rasa autentik Itali. Walaupun harga pakej di sini agak premium, pengalaman yang ditawarkan memang berbaloi untuk dijadikan kenangan manis berdua!
4. Grill Bar Steakhouse
- Alamat: 202, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5–11 PM
Untuk pasangan yang gemarkan makanan barat terutamanya steak yang premium dan juicy, Grill Bar Steakhouse di Johor Bahru wajib masuk dalam senarai tempat best sambut anniversary di Johor anda.
Restoran ini terkenal dengan konsep yang santai tapi tetap eksklusif. Ini menjadikannya sesuai sebagai lokasi makan malam romantik tanpa terlalu formal.
Menu utama di sini sudah tentu pilihan steak yang dimasak sempurna mengikut citarasa. Selain itu, anda juga boleh cuba pasta, burger, dan hidangan sampingan yang cukup menyelerakan.
5. Loverra Space (Private Event Space)
- Alamat: Pasir Gudang , Johor
- Waktu Operasi: Setiap slot 3 jam
Haa, yang ini lain sikit. Loverra Space menyediakan ruang yang dilengkapi dekorasi-dekorasi khusus untuk sambutan istimewa yang anda tempah.
Ia menawarkan pengalaman makan malam romantik secara eksklusif dan tertutup,lengkap dengan dekorasi mengikut tema yang anda pilih. Setiap sudut di Loverra Space dihias dengan elemen moden, elegan dan penuh ‘vibes’ romantik.
Apa yang buat Loverra Space istimewa ialah custom-made candlelight dinner setup, di mana anda boleh request dekorasi khas.
Makanannya pula dihidangkan dalam bentuk set menu, selalunya gabungan masakan barat moden yang dihidangankan dengan susunan yang cantik.
Tempat ini sesuai sangat kalau anda nak surprisekan pasangan atau raikan anniversary secara lebih privasi. Hanya satu pasangan akan ditempatkan dalam satu sesi (3 jam).
Servis yang personal, suasana yang tenang dan privasi. Recommended!
6. JWC, The Factory 30
- Alamat: 30, Jalan Mutiara Emas 5/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 11 AM–11 PM
Bagi pasangan yang sukakan konsep kafe hipster, JWC, The Factory 30 di Johor Bahru adalah antara pilihan menarik untuk dijadikan lokasi sambutan anniversary anda.
Kafe ini tampil dengan rekaan dalaman ala kilang lama yang diubah suai menjadi ruang makan bergaya moden. Memang sangat sesuailah untuk pasangan yang suka ambience cool dan berbeza daripada tempat makan romantik biasa.
Kafe ini terkenal dengan kopi specialty, kek homemade, hidangan barat seperti pasta, burger dan chicken chop dan pelbagai lagi.
7. LS X Park Restaurant
- Alamat: PTD 200682, Jalan Medini Selatan 1 Bandar Sunway Iskandar Puteri 79250 Iskandar Puteri, Johor.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 3 PM–12:30 AM
LS X Park Restaurant menawarkan pelbagai menu tempatan dan barat dalam suasana semi-open air. Sesuai sangat untuk sambutan anniversary yang santai dan kasual. Nak sambut birthday ke surprise orang tersayang ke pun boleh!
Restoran ini terletak dalam kawasan X Park Sunway Iskandar. Anda boleh makan sambil menikmati kehijauan alam dan pemandangan tasik di dalam bot tau!
Selain makan, anda juga boleh lakukan aktiviti outdoor seperti memanah, ATV atau kayak. Barulah anniversary tahun ni lain daripada yang biasa!
8. Eden by Wizards
- Alamat: 19, Jln Tiong Emas, Kawasan Perindustrian Tiong Nam Tebrau 3, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10 AM–10 PM
Kalau korang pasangan yang suka tempat yang tak terlalu sesak, aesthetic dan intimate, Eden by Wizards adalah antara pilihan yang anda boleh pertimbangkan.
Kafe ini tampil dengan konsep moden tropika, dihiasi tanaman hijau dan pencahayaan semula jadi. Dari luar pun dah nampak eksklusif. Bila masuk ke dalam, suasananya sangat welcoming dan estetik!
Menu di Eden by Wizards pula menampilkan gabungan citarasa Asia dan barat. Hidangan di sini juga dipersembahkan dengan plating yang menarik. Anda juga boleh buat permintaan untuk menulis kata-kata seperti “Happy Anniversary” atau “Happy Birthday” di menu-menu tertentu.
9. The Veil, Iskandar Puteri, Johor Bahru
- Alamat: THE VEIL, Persiaran Bayu Delima, Emerald Bay, 79100 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 12–10 PM
The Veil, Iskandar Puteri, Johor Bahru adalah antara pilihan mewah dan eksklusif untuk sambut anniversary di Johor.
Ia merupakan restoran mewah yang terkenal dengan suasana eksklusif dan pemandangan laut yang memukau.
Restoran ini menampilkan seni bina ala villa Eropah moden dengan landskap taman hijau yang luas. Sangat perfect kalau korang nak sambut anniversary secara classy dan memorable.
10. Jibril
- Alamat: 51, Jln Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 12 PM–12 AM
Dari luar tak nampak macam restoran pun, tapi bila masuk, suasananya sangat classy dan lain daripada yang lain. Restoran ini berkonsepkan speakeasy hidden bar dengan pintu masuk tersembunyi.
Kalau anda nak buat surprise untuk sambut anniversary bersama pasangan tercinta, memang sangat sesuai. Dengan pencahayaan yang malap dan suasana yang sangat cozy, makan malam anda pasti menjadi lebih romantik!
Jibril terkenal dengan signature dishes seperti buttermilk chicken, salted egg pasta dan pelbagai menu fusion yang disediakan dengan penuh citarasa. Ada pakej tertentu juga untuk sambutan istimewa tau dekat sini.
11. SEA LIFE LEGOLAND Malaysia Resort
- Alamat: Legoland Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 PM–12 AM
Selain bermain di taman tema dan melihat hidupan air, anda juga boleh dine-in di SEA LIFE LEGOLAND Malaysia Resort tau.
Mereka menawarkan pengalaman makan malam unik iaitu restoran pop-up underwater dining yang membolehkan pengunjung menikmati hidangan empat kursus sambil dikelilingi oleh pelbagai hidupan laut.
Selain itu, pengunjung juga akan mendapat akses VIP eksklusif untuk lawatan belakang tabir selama 45 minit di akuarium sebelum makan malam bermula.
Pengalaman ini sesuai untuk pasangan, keluarga, atau sesiapa yang mencari sesuatu yang istimewa dan berbeza untuk sambutan atau makan malam romantik.
Selain restoran underwater, terdapat juga beberapa pilihan restoran lain di dalam taman tema dan hotel LEGOLAND seperti Bricks Family Restaurant, Di Mattoni, dan Kai’s Sushi Bar yang menyediakan pelbagai menu dari masakan Asia hingga Barat untuk dinikmati secara dine-in.
BACA JUGA: Johor ke Batam – Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari