Destinasi Main Salji Berdekatan Tokyo & Kids Friendly! + Tips
Musim sejuk di Jepun menawarkan pengalaman yang menakjubkan, terutamanya untuk mereka yang ingin merasai sejuknya musim dingin (winter) dan keseronokan bermain salji.
Untuk makluman, musim sejuk di Jepun bermula sekitar penghujung Disember dan berlanjutan sehingga penghujung Mac. Tetapi, bukan setiap masa dan semua tempat ada salji tau. Jadi, kalau nak rasa salji, kena rancang perjalanan anda sebaik mungkin.
Sekiranya anda bercuti di kawasan Tokyo dan ingin merasai pengalaman bermain salji, terdapat beberapa pilihan yang anda boleh cuba. Kebanyakannya, sangat mudah diakses dengan pengangkutan awam dan juga mesra kanak-kanak.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan empat destinasi terbaik untuk bermain salji yang berdekatan dengan Tokyo beserta beberapa tips menarik. Jom baca!
Destinasi Main Salji Berdekatan Tokyo
1. Gala Yuzawa Snow Resort – Pilihan Popular
Gala Yuzawa Snow Resort adalah salah satu pilihan terbaik untuk mereka yang ingin main salji berdekatan Tokyo. Terletak di Prefektur Niigata, Gala Yuzawa Snow Resort hanya 75 minit dari Tokyo menggunakan shinkansen.
Resort ini mempunyai kawasan khas “Yuki Asobi Corner” yang direka khas untuk kanak-kanak. Peralatan seperti sled, boot, set peralatan ski dan snowboard juga boleh disewa di sini.
Jadi, anda tidak perlu bersusah payah membawanya. Kalau nak beli tapi pakai sekali dua je, rasa macam kurang berbaloi pula kan.
Harga Tiket Masuk:
Masuk ke sini adalah percuma namun, untuk naik ke atas, anda perlu menaiki gondala atau chairlift. Anda boleh rujuk senarai harga tiket masuk dan pass di bawah:
Pembelian tiket boleh dilakukan melalui KLOOK. Taip: GALA Yuzawa Ski Resort Lift tickets > klik Search.
Klook.comWaktu Operasi:
Gala Yuzawa Snow Resort ini beroperasi sehingga Mei 2025, dan waktu operasi berbeza mengikut musim. Rujuk jadual di bawah.
Business Period | Trail | Last Gondola Lift climb | Ski Center | |
Regular Period (Winter) | 13 Disember 2024 – 6 April 2025 | 8:00~16:30 | 16:00 | 7:00~19:15 |
Spring Season | 7 April 2025 – 6 Mei 2025 | 8:00~16:00 | 15:30 | 7:00~17:20 |
Tarikh Buka:
Gala Yuzawa Snow Resort ini di buka bermula 13 Disember 2024 sehingga 5 Mei 2025 sahaja.
Makanan Halal:
Untuk kemudahan pelancong Muslim, terdapat gerai makanan halal seperti kebab di tingkat atas resort. Jika anda ingin lebih fleksibel, membawa bekalan makanan sendiri juga adalah pilihan yang bijak.
Cara Ke Gala Yuzawa Dari Tokyo:
Dari Tokyo: Naik Shinkansen Joetsu dari Tokyo Station ke Gala Yuzawa Station. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 75 minit, dan resort ini bersambung terus dengan stesen, sangat mudah untuk pengunjung.
Naik Shinkansen Joetsu dari Tokyo Station/Ueno Station /Omiya Station
Dari mana-mana stesen di atas, cari platform untuk Joetsu Shinkansen, yang menuju ke arah Niigata. Perjalanan mengambil masa kira-kira 75 minit sahaja.
Setelah tiba di Gala Yuzawa Station, anda hanya perlu berjalan kaki ke pusat ski, kerana stesen ini bersambung terus dengan pusat ski. Ini bermakna anda tidak perlu lagi menggunakan pengangkutan lain untuk sampai ke situ.
Beli Tiket atau Gunakan Japan Rail Pass
Harga tiket sehala untuk shinkansen adalah sekitar JPY 6,000 – JPY 7,000 (dewasa). Jika anda memiliki Japan Rail Pass, perjalanan ini dilindungi sepenuhnya, jadi tiada kos tambahan diperlukan.
Tempahan Tempat Duduk
Anda sangat-sangat disarankan membuat tempahan tempat duduk di shinkansen terutamanya semasa musim puncak (Disember hingga Mac) untuk keselesaan anda.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut & pembelian tiket, anda boleh layari laman web rasmi Gala Yuzawa: https://gala.co.jp/en/winter/
2. Karuizawa Prince Hotel Ski Resort
Terletak di Prefektur Nagano, Karuizawa Prince Hotel Ski Resort ini cukup terkenal dengan keindahan semula jadi dan salah satu pilihan ideal untuk mereka yang main salji berdekatan Tokyo. Resort ini boleh dicapai dalam masa kira-kira 1 jam dari Tokyo menggunakan shinkansen.
Pusat ski ini juga terletak berdekatan dengan Karuizawa Prince Shopping Plaza, sebuah pusat beli-belah yang cukup popular dan sangat luas.
Anda boleh menyewa snowboard set, ski set dan snow wear set di sini. Tak perlu bawa dari jauh-jauh.
Karuizawa Prince Hotel Ski Resort juga menyediakan “Snow Park”, kawasan khas untuk kanak-kanak yang ingin bermain salji dengan selamat. Kanak-kanak boleh mencuba sledding, snow tubing, atau sekadar bermain bola salji. Aktiviti ini pasti membuatkan si kecil teruja!
Harga Tiket Masuk:
Harga tiket adalah berbeza-beza mengikut pakej. Ada beberapa pakej yang ditawarkan, iaitu:
- 1 day – 7800 yen
- Hotel Guest 1 Day – 7800 yen
- 4 hours – 7300 yen
- Hotel Guest 4 hours – 7300 yen
- Child – 100 yen
- Priority Boarding Tiket – 5000 yen (kena tambah tiket biasa)
Sila rujuk senarai pakej yang ditawarkan di laman web berikut: https://karuizawa.princehotels.co.jp/ski2023/en
Pembelian tiket boleh dilakukan melalui KLOOK. Taip: Karuizawa Snow Park Admission > klik Search.
Klook.comWaktu Operasi:
Resort ini biasanya beroperasi dari awal Disember hingga awal April, bergantung kepada keadaan cuaca dan salji. Pastikan anda menyemak laman web rasmi resort untuk maklumat terkini mengenai tarikh pembukaan dan penutupan.
Makanan Halal:
Makanan halal tidak disediakan di resort ini, tetapi anda boleh mencari restoran halal di kawasan Nagano. Alternatif lain adalah membawa makanan sendiri.
Cara Ke Karuizawa Prince Hotel Ski Resort Dari Tokyo:
Dari Tokyo: Naik Shinkansen Hokuriku dari Tokyo Station ke Karuizawa Station. Perjalanan mengambil masa sekitar 70 minit. Resort ini hanya 10 minit berjalan kaki dari stesen.
Naik Shinkansen dari Tokyo ke Karuizawa:
Shinkansen Hokuriku dari Tokyo Station ke Karuizawa Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 65-80 minit. Kos tiket sehala adalah sekitar 5,500 yen.
Kemudian, setelah tiba di Stasiun Karuizawa, keluar melalui pintu selatan (south exit). Anda boleh naik bas shuttle percuma ke Resort Ski Karuizawa Prince. Perjalanan bas mengambil masa 10 minit.
Alternatif:
Bagi mereka yang mencari alternatif, terdapat pilihan untuk menaiki bas ekspres dari Stesen Ikebukuro di Tokyo terus ke Stesen Karuizawa. Perjalanan ini mengambil masa lebih lama, lebih kurang tiga jam setengah.
Beli Tiket atau Gunakan Japan Rail Pass
Harga tiket sehala untuk shinkansen adalah sekitar JPY 6,000 – JPY 7,000 (dewasa). Jika anda memiliki Japan Rail Pass, perjalanan ini dilindungi sepenuhnya, jadi tiada kos tambahan diperlukan.
Tempahan Tempat Duduk
Anda sangat-sangat disarankan membuat tempahan tempat duduk di shinkansen terutamanya semasa musim puncak (Disember hingga Mac) untuk keselesaan anda.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut & pembelian tiket, anda boleh layari laman web rasmi Kairuzawa Prince Hotel Ski Resort: https://karuizawa.princehotels.co.jp/ski2023/en/
3. Fujiyama Snow Resort Yeti (Man-made snow)
Fujiyama Snow Resort Yeti ialah destinasi menarik untuk bermain salji yang terletak di kaki Gunung Fuji. Resort ini terkenal dengan pemandangan Gunung Fuji yang menakjubkan, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk bermain salji sambil menikmati panorama semula jadi yang menawan.
Anda tidak perlu risau jika tidak memiliki peralatan untuk bermain salji, kerana resort ini menyediakan pelbagai kemudahan sewa seperti; snow wear, set peralatan ski dan snowboarding, sled dan snow tube. Untuk kanak-kanak pun ada.
Terdapat kawasan bermain salji khas yang dipanggil Kids Cross, di mana kanak-kanak boleh bermain dengan selamat dan seronok. Trek untuk pemula juga tersedia, menjadikannya tempat yang ideal untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang baru mula belajar bermain ski atau snowboard.
Menariknya lagi, di sini anda boleh bermain ski pada waktu malam!
Harga Tiket Masuk:
Harga tiket masuk untuk dewasa adalah 1700 yen, manakala kanak-kanak pulu 1200 yen. Rujuk jadual berikut:
Pembelian tiket boleh dilakukan melalui KLOOK. Taip: Fujiyama Snow Resort Yeti Day Trip from Tokyo
> klik Search.
Waktu Operasi:
Fujiyama Snow Resort Yeti ini beroperasi setiap hari, bermula pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Dibuka sepanjang musim sejuk (October 25, 2024 to March 31, 2025).
Makanan Halal:
Resort ini tidak menyediakan makanan halal. Namun, anda boleh mencari restoran halal di Gotemba (Pacific Cafe), atau membawa makanan sendiri untuk lebih mudah.
Cara Ke Fujiyama Snow Resort Yeti dari Tokyo:
1. Shinkansen dan Bas
Naik shinkansen dari Tokyo ke Stesen Mishima, perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Dari Stesen Mishima, sambung dengan menaiki bas ke Fujiyama Snow Resort Yeti yang mengambil masa sekitar 80 minit.
Pilihan ini sesuai untuk mereka yang menggunakan Japan Rail Pass.
2. Bas dari Shinjuku, Ueno, dan Shin Yokohama
Terdapat bas terus dari Stesen Shinjuku, Ueno, dan Shin Yokohama ke Yeti. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2.5 jam. Ini adalah pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu menukar pengangkutan.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut & pembelian tiket, anda boleh layari laman web rasmi Snow Yeti: https://www.yeti-resort.com/en/
4. Hakuba Valley – Recommended!
Hakuba Valley adalah destinasi yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat ski dan snowboarding. Ia terletak di Prefektur Nagano, dan menawarkan pemandangan gunung yang sangat mempesonakan serta pelbagai pilihan resort ski bertaraf antarabangsa.
Hakuba juga terkenal dengan salji berkualiti tinggi yang sesuai untuk semua tahap pengalaman, menjadikannya salah satu destinasi main salji terbaik berhampiran Tokyo.
Harga Tiket Masuk:
Hakuba Valley menawarkan Hakuba Valley Ticket yang membolehkan anda mengakses 10 resort ski di kawasan ini. Rujuk jadual di bawah:
Waktu Operasi
Resort di Hakuba Valley biasanya beroperasi dari Disember hingga April, bergantung pada keadaan salji. Waktu operasi adalah sekitar 8:00 pagi hingga 4:30 petang.
Ada beberapa resort menawarkan aktiviti malam seperti ski atau snowboarding malam.
Makanan Halal
Walaupun makanan halal agak sukar dijumpai, terdapat beberapa restoran di kawasan Nagano yang menawarkan menu mesra Muslim. Sebagai alternatif, anda boleh membawa bekalan makanan sendiri untuk keselesaan.
Cara Ke Hakuba Valley:
Dari Tokyo, anda boleh naik Shinkansen Hokuriku dari Tokyo Station ke Stesen Nagano. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Perjalanan menggunakan shinkansen dari Tokyo ke Stesen Nagano dilindungi sepenuhnya oleh Japan Rail Pass.
Dari Stesen Nagano, sambung dengan menaiki bas ke Hakuba Valley yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
Atau, anda juga boleh menaiki bas dari beberapa lokasi seperi Narita International Airport, Haneda International Airport, Chubu Centrair International Airport, Kansai International Airport.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut & pembelian tiket, anda boleh layari laman web rasmi Hakuba Valley: https://www.hakubavalley.com/en/access_en/
Pembelian tiket boleh dilakukan melalui KLOOK. Taip: Hakuba Valley > klik Search.
Klook.comTips Berguna Bercuti di Jepun Semasa Winter
Berikut adalah beberapa tips berguna untuk bercuti di Jepun semasa musim sejuk supaya perjalanan anda lebih selesa dan menyeronokkan:
1. Pakaian Musim Sejuk yang Sesuai
Pastikan anda memakai pakaian musim sejuk yang sesuai. Layering is the key!
Pakai thermal inner (boleh beli dekat Uniqlo), kemudian lapis dengan baju tebal (hoodie/sweater/dll) dan lapis sekali lagi dengan winter coat (kalis air).
Jangan lupa pakai sarung tangan, stokin tebal, selendang, topi dan kasut kalis air yang anti-friction.
2. Gunakan Pocket Warmers (Kairo)
Pocket warmers adalah alat pemanas kecil yang boleh memanaskan bahagian tertentu tubuh seperti kawasan tangan, kaki. Letakkan dalam poket, sarung tangan, atau kasut untuk kehangatan tambahan.
Boleh beli bila sampai Jepun di kedai serbaneka seperti 7-Eleven atau Don Quijote.
3. Rancang Itinerari dengan Cuaca
Salji lebat boleh menjejaskan jadual pengangkutan dan snow resort pun biasanya akan tutup. Jadi, semak ramalan cuaca setiap hari dan sediakan pelan alternatif jika destinasi tertentu tidak dapat diakses. Gunakan aplikasi Google Maps untuk menyemak jadual kereta api dan bas.
4. Gunakan Japan Rail Pass (JR Pass)
Jika anda bercadang untuk pergi ke beberapa destinasi (termasuk destinasi main salji di atas) JR Pass sangat membantu dan menjimatkan poket anda.
5. Pakai Pelembap
Udara musim sejuk boleh membuatkan kulit kering. Bawa pelembap wajah dan badan, lip balm, dan losyen tangan. Jangan lupa pakai pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada cahaya UV yang memantul daripada salji.
6. Beli Insurans Perjalanan
Jangan lupa beli insurans untuk memastikan perjalanan dilindungi dan sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
BACA JUGA: