Roti Putih vs Roti Wholemeal: Perbezaan, Kelebihan & Keburukan

roti putih vs roti wholemeal
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi mereka yang suka memakan roti, terdapat perbezaan roti putih vs roti wholemeal yang banyak dijual di pasaran.

Kedua-dua jenis roti ini mempunyai perbezaan yang ketara dan mempunyai kelebihan serta keburukannya jika diambil berlebihan.

Mengenai Roti Putih vs Roti Wholemeal

Roti putih merupakan roti yang diperbuat daripada tepung roti atau tepung pelbagai guna dan mempunyai tekstur yang lebih halus dan mudah untuk dipotong. 

Ia diproses untuk menghilangkan dedak dan kuman yang mana hanya meninggalkan endosperma di dalam sajian yang mengakibatkan ianya mempunyai tekstur dan rasa yang lebih ringan. 

Roti wholemeal pula ialah Ia diperbuat daripada tepung gandum yang mana ia mengandungi 100% ekstrak bijian gandum.

Ianya hadir dengan jumlah nutrien mikro dan serat yang lebih tinggi berbanding roti putih.

Perbezaan Roti Putih vs Roti Wholemeal

Perbezaan kedua-dua roti ini adalah seperti berikut:

Roti PutihRoti Wholemeal
Rendah serat (1.0-2.0g/100g)Tinggi serat (17.8g / 100g)
Tinggi Indeks Glisemik (≈ 82-85)Rendah Indeks Glisemik (≈ 56-67)
Vitamin dan mineral banyak hilang
semasa pemprosesan
Vitamin dan mineral masih ada – Vitamin B, magnesium, zat besi
Cepat berasa laparRasa kenyang lebih lama

Kelebihan Roti Putih vs Roti Wholemeal

Terdapat kelebihan kedua-dua roti tersebut iaitu roti putih mengandung kalori, lemak, dan karbohidrat yang dapat memberikan banyak tenaga untuk tubuh.

Roti wholemeal pula dapat mengurangkan penyakit-penyakit berikut:

  • Asma
  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Kanser
  • Penyakit kencing manis (diabetes)

Selain itu, roti ini juga boleh menyebabkan sistem penghadaman yang boleh mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan air besar.

Kekurangan Roti Putih

Namun, terdapat kekurangan ketara roti putih jika diambil secara berlebihan iaitu:

  • Highly Processed food yang di proses dari gandum.
  • Gula dalam darah akan meningkat dengan pantas yang menyebabkan risiko penyakit diabetes. 
  • Cepat lapar selepas makan.
  • Hilang zat semulajadi gandum.
  • Rendah serat tidak baik untuk penghadaman.

Sumber: https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/pilihan-jenis-roti/

Baca juga: 16 Jenama Bread Maker Yang Sesuai Untuk Di Rumah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut