Bagi merealisasikan impian mencipta atlet pertama menggapai pingat emas Olimpik, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan pelancaran program khas “Road to Gold” (RTG).
Untuk program ini, kerajaan telah menyenarai pendek senarai atlet berpotensi untuk memenangi pingat emas pada temasya Olimpik Paris 2024.
Mesyuarat rasmi pertama Jawatankuasa Road to Gold telah diadakan pada 6 April dan memutuskan beberapa perkara penting termasuk mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Untuk makluman, Sukan Olimpik Paris akan berlangsung di Perancis bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.
Artikel berkaitan: Sukan Olimpik 2024: Lokasi, Tarikh, Logo, Maskot
Kriteria pemilihan
RTG ialah kemudahan yang dicipta untuk membantu menyediakan sokongan tambahan untuk atlet yang akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.
Memandangkan atlet yang disenaraikan dalam program Road to Gold ini akan mempunyai insentif, program dan latihan khas, maka pemilihannya sangat ketat dan mesti memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan kerajaan.
Antara kriteria ditetapkan adalah atlet tersebt mestilah pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan keduanya, tersenarai dalam ranking 10 terbaik dunia.
Kriteria tambahan atlet podium sedia ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan wajar diberikan pertimbangan oleh Jawatankuasa RTG.
> Tunjukkan sokongn anda kepada atlet Malaysia dan dapatkan baju Olimpik Malaysia
Senarai atlet RTG
Setelah lama berteka-teki, atlet perseorangan badminton negara Lee Zii Jia akhirnya mengumumkan untuk tidak terlibat dengan program Road to Gold ini atas sebab-sebab tertentu.
Seramai 10 pemain badminton negara tersenarai dalam projek Road to Gold (RTG) dalam pemburuan pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik Paris.
- Aaron Chia
- Soh Wooi Yik
- Ong Yew Sin
- Teo Ee Yi
- Pearly Tan
- M. Thinaah
- Tan Kian Meng
- Lai Pei Jing
- Goh Soon Huat
- Shevon Lai
- Datuk Mohd. Azizulhasni Awang
- Muhammad Shah Firdaus Sahrom
- Datuk Pandelela Rinong Pamg
- Nur Dhabitah Sabri
- Mohammad Aniq Kasdan
Walau bagaimanapun, atlet yang telah disenaraikan ini pada bila-bila masa sahaja boleh dikeluarkan daripada program ini sekiranya prestasi mereka merudum dan tidak konsisten sehingga berlangsungnya temasya Olimpik Paris 2024 kelak.
Atlet-atlet lain yang tidak disenaraikan dalam program Road to Gold tetapi sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik tetap akan menerima pelbagai insentif dan imbuhan bagi membolehkan mereka mencapai prestasi tertinggi menjelang temasya yang dianjurkan 4 tahun sekali itu.