RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan

cara pasang daftar rfid tag
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TOUCH N GO DAN SMART TAG AKAN DIMANSUHKAN SECARA BERPERINGKAT, BERI LALUAN UNTUK PELAKSANAAN RFID – INI CARA PEMASANGAN & PENGAKTIFAN ONLINE

Bermula 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, di mana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021.

Menurut kenyataan tersebut, transaksi RFID adalah langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.

Dengan RFID, pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.

Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Buat masa ini, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID di lebuhraya.

Penggunaan tag ini tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota.

Tahukah anda apa itu RFID dan apakah kelebihannya berbanding SmartTag atau Touch n Go?

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang pendaftaran dan pemasangannya untuk makluman bersama.

Apakah RFID Touch n Go?

TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol.

Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.

Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

Dengan RFID juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda!

tag rfid

Kelebihan Tag RFID Touch N Go

1. Boleh Top Up Online

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.

1. Tak Pakai Bateri

Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

tag rfid

3. Tak Perlu Berhenti & Imbas Kad

Sistem ini boleh mengurangkan kesesakan kerana pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.

Baca juga: JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJ

Harga & Cara Pembelian Tag

Cara paling mudah untuk mendapatkan tag RFID ini adalah melalui laman web rasmi atau eWallet Touch n Go.

Sila ke pautan berikut untuk membuat pembelian https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag

Buat masa ini, harga RFID yang dijual di laman web rasmi Touch n Go adalah RM35.

harga rfid

Anda juga boleh mendapatkannya melalui aplikasi Touch n Go eWallet.

Rujuk caranya di bawah:

P/S: Mudah kalau dah muat turun apps ni sebab nanti boleh top-up online terus.

Jika anda belum memuat turun aplikasi TNG eWallet, sila rujuk artikel berikut untuk mendaftar sebagai pengguna:

Touch ‘n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online

Anda juga boleh mendapatkan tag ini secara manual di mana-mana kaunter berikut:

https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Cara Daftar Online & Pengaktifan Tag


​Tag boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet, Portal Touch n Go, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran anda.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik pada butang ‘Activate’
  3. Isikan dan semak butiran akaun anda
  4. Daftarkan kenderaan anda
  5. Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  6. Buat pengesahan dan verifikasi.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Rujuk gambar di bawah:

Cara Pemasangan Tag RFID

Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda.

Langkah pemasangan tag pada kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  2. Buka pelekat dan tampalkan
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam
Boleh beli RFID ni secara online atau di mana-mana kaunter TNG
cara pasang daftar rfid tag
Aktifkan ikut arahan melalui portal Touch n Go online https://www.touchngo.com.my/
cara pasang rfid
Siap!

Sila rujuk panduan video di bawah:

https://youtu.be/KSrZltMxgUA

Cara Tambah Nilai (Top-Up)

Dah selesai pasangkan di kenderaan anda, bolehlah anda menggunakannya di tol-tol seluruh Malaysia.

Bagaimana cara nak tambah nilai?

Jangan risau, boleh buat online je melalui aplikasi eWallet TNG.

Rujuk langkahnya melalui video di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut