RFID Rosak : Gantian Percuma Disediakan
Beberapa hari ini isu penggunaan RFID menjadi isu apabila ia dikatakan menjadi punca kesesakan di beberapa buah plaza tol seluruh negara.
Rata-rata antara masalah yang dihadapi pengguna adalah masalah untuk mengesan pelekat itu dan terpaksa berundur dan membuka semula pelekat berkenaan.
RFID Rosak:
Namun, pelekat RFID amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali.
Namun, pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengalami kerosakan pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tidak perlu risau kerana mereka akan menerima gantian pelekat itu secara percuma.
Bantuan Akan Ditempatkan Di Plaza Tol RFID
Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata ketika ini, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.
“Kita ada orang ‘standby’ (tunggu sedia) dengan peranti ‘hand held’ (pegang tangan), kalau RFID tidak dapat ‘detect’ (kesan), kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch ‘n Go (TnG) yang terdekat untuk ‘check’ (periksa) RFID. Kalau waktu itu TnG masih tidak dapat ‘detect’, kita akan beri RFID ‘tag’ yang baharu secara percuma,” katanya kepada Bernama TV di sini hari ini.
Isnin lepas, media melaporkan beberapa plaza tol di Lembah Klang termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk ekoran kegagalan RFID berfungsi pada waktu puncak ketika hujan.
Ini mengakibatkan ramai pengguna meluahkan rungutan dan PLUS telah mengambil tindakan penambahbaikan segera dengan menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.
Dalam pada itu, Syed Mohammed Idid berkata pengguna lebuh raya tidak perlu bimbang kerana kaedah pembayaran menggunakan kad TnG dan Smartag masih terdapat di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.
Menjawab mengenai rungutan netizen mengenai harga pelekat RFID yang dikatakan tinggi, beliau berkata harga RM35 itu telah ditetapkan oleh pihak TnG.
Cara Penggunaan RFID Yang Betul
Transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan lepas.
Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.
RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch ‘n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai,
Berikut adalah infografik ringkas tentang tips dan cara penggunaan RFID yang betul.
Rujuk langkah demi langkah untuk pemasangan RFID & fitment centre di artikel berikut: RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan
Untuk jangka masa panjang, projek perintis sistem RFID ini dilihat lebih menjimatkan kerana ia sifar penyenggaraan dan lebih selamat serta bayaran dihubungkan dengan akaun e-dompet yang boleh dibayar secara debit automatik.
Sumber: BERNAMA
Pembelian / Bantuan Jika Pelekat RFID Rosak
Untuk pembelian Tag RFID dari pusat pemasangan RFID, anda boleh memohon penggantian di pusat pemasangan RFID tersebut.
Untuk pembelian Tag RFID dari kedai Flagship TNG, Touch ‘n Go eWallet atau mana-mana peruncit rakan kongsi TNG, anda boleh memohon penggantian dengan menghubungi TNG melalui saluran di bawah:
Emel: | [email protected] |
Careline: | +603 2714 8888 Waktu operasi dari 8.00 am ke 8.00 pm Isnin – Jumaat (termasuk cuti umum) Berkuat kuasa tarikh 8hb Ogos 2021 |
Facebook: | www.facebook.com/MyTouchnGo |
Twitter: | www.twitter.com/MyTouchnGo |
Webform: | https://www.touchngo.com.my/eservices/customerServices.aspx |
Maklumat & Transaksi Kad TNG | https://tngportal.touchngo.com.my/ |
Pulangan Wang Kad TNG | https://www.touchngo.com.my/erefund/ |
Bagi RFID Tag yang didaftarkan di TNG RFID Portal, anda boleh memohon penggantian untuk sekali melalui Portal TNG RFID:
- Log masuk ke akaun Portal TNG RFID anda
- Pergi ke MY RFID TNG dan pilih My Vehicle
- Pergi ke Actions dan pilih Request replacement tag
- Isikan maklumat anda dengan sewajarnya
Baca juga: Touch ‘n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online