10+ Resort Murah di Terengganu 2025 – Harga bawah RM300

10+ Resort Murah di Terengganu 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Resort Murah di Terengganu 2025 – Harga bawah RM300

Sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik di Malaysia, Terengganu menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang memenuhi keperluan bajet setiap jenis pelancong.

Daripada hotel bertaraf lima bintang yang mewah hinggalah penginapan selesa dan mesra poket. 

Jadi, sekiranya anda sedang merancang percutian ke Terengganu dan mencari penginapan resort murah di Terengganu, anda boleh rujuk perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Pasar Payang Terengganu – Tarikan Utama & Waktu Operasi

Senarai Resort Murah di Terengganu – Bawah RM250

1. Bidong View Resort

Bidong View Resort cukup dikenali sebagai antara resort bajet terbaik di Terengganu dengan pemandangan laut yang memukau. 

Resort ini terletak hanya 5 minit dari Jeti Merang. Jadi kalau anda bercadang hendak ke Pulau Bidong atau Pulau Redang, menginap di sini adalah pilihan yang ideal. 

Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun solo. Terdapat juga ruang santai di luar bilik seperti wakaf dan tempat duduk menghadap laut. 

Bagi pengunjung yang gemar aktiviti luar, pihak resort turut menyediakan pakej lawatan ke pulau serta aktiviti snorkeling dengan kadar yang berpatutan. 

  • Harga: Sekitar RM150 – RM220 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, Wi-Fi, restoran, tempat letak kereta percuma, pakej lawatan ke pulau
  • Kelebihan: Terdapat kolam air kanak-kanak, terletak berhadapan pantai, bilik luas dan lengkap. Suasananya sangat mesra kanak-kanak dan keluarga.  

2. Tijami Villa & Resort

Tijami Villa & Resort juga salah satu pilihan resort murah di Terengganu yang menawakan suasana privasi dan tenang. 

Resort ini terletak di Kampung Baru Merang, lebih kurang beberapa minit dari pantai dan Jeti Merang. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang merancang ke Pulau Redang atau Pulau Lang Tengah.

Penginapan di sini berkonsepkan villa moden yang cukup selesa dilengkapi pelbagai kemudahan. Bukan itu sahaja, Tijami Villa turut menyediakan persekitaran mesra kanak-kanak. 

  • Harga: Sekitar RM180 – RM230 semalam
  • Kemudahan: Villa berhawa dingin, kolam renang, taman, Wifi, sewaan basikal
  • Kelebihan: Terdapat beberapa unit menawarkan pemandangan sawah dan suasana kampung yang asli. 

3. Sutra Beach Resort

Sutra Beach Resort terletak di pesisir Pantai Rhu Tapai. Ini memberikan akses terus ke pantai tanpa perlu berjalan jauh. 

Antara tarikan utama Sutra Beach Resort ialah kolam renang infiniti yang menghadap laut, restoran yang menawarkan hidangan tempatan dan barat, serta ruang santai terbuka untuk menikmati angin laut. 

Unit penginapan di sini disediakan dalam bentuk chalet yang disusun rapi mengikut barisan pantai, lengkap dengan balkoni peribadi untuk menyaksikan matahari terbenam.

Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti, anda boleh pilih pakej lawatan yang termasuk aktiviti seperti snorkeling, berkayak dan lawatan ke pulau termasuk Pulau Redang.

  • Harga: Sekitar RM200 – RM250 semalam
  • Kemudahan: Kolam renang, restoran, Wi-Fi, akses pantai, tempat letak kereta percuma
  • Kelebihan: Akses terus ke kawasan pantai.

4. Pandan Laut Beach Resort

Pandan Laut Beach Resort juga menawarkan pengalaman penginapan dengan suasana kampung di tepi pantai. Resort ini terletak berhampiran Pantai Pandan Laut. 

Penginapan di resort ini berbentuk chalet yang ringkas tetapi selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. 

Terdapat kawasan BBQ dan wakaf untuk tetamu berkelah atau melepak bersama keluarga. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti memancing, berkelah dan berjalan di pesisir pantai. 

  • Harga: Sekitar RM120 – RM200 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kawasan BBQ, taman permainan, tempat letak kereta percuma, akses pantai
  • Kelebihan: Akses terus ke kawasan pantai, suasana kampung yang tenang. 

5. Coral View Island Resort

Coral View Island Resort merupakan antara resort murah di Terengganu yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati percutian tanpa berbelanja besar untuk penginapan. 

Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik, dari chalet kayu tradisional hingga bilik moden. Semuanya lengkap dengan kemudahan asas serta pemandangan taman atau laut. 

Lokasinya yang strategik membolehkan tetamu berjalan kaki ke pantai, pusat menyelam serta restoran tempatan.

Coral View Island Resort juga menyediakan pakej snorkeling dan lawatan pulau dengan harga berpatutan. 

  • Harga: Sekitar RM180 – RM250 semalam
  • Kemudahan: Chalet berhawa dingin, restoran, Wi-Fi di kawasan awam, pakej snorkeling, akses pantai
  • Kelebihan: Akses mudah ke lokasi snorkeling. 

6. BB Durio Chalet

BB Durio Chalet terletak sekitar 12 km dari Muzium Negeri Terengganu. Ia boleh diakses dari Kuala Nerus serta Kuala Terengganu dengan mudah. 

Chalet ini terkenal sebagai resort pilihan yang menawarkan suasana damai dan sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan asas dan sangat selesa. Resort ini juga mempunyai kolam renang, ruang taman dan teres serta tempat meletak kenderaan percuma. 

Lokasinya yang strategik juga memudahkan pengunjung ke tempat menarik seperti Pantai Batu Buruk, Pulau Redang Marine Park, dan Pasar Payang.

  • Harga: Sekitar RM90 – RM150 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, taman, tempat letak kereta percuma, balkoni peribadi
  • Kelebihan: Hanya 15–20 minit dari pusat bandar Kuala Terengganu dan tempat menarik seperti Muzium Negeri dan Pasar Payang.

7. Intan Beach Resort

Intan Beach Resort juga antara pilihan penginapan yang popular bagi mereka yang ingin menikmati suasana pantai dengan bajet rendah. 

Lokasinya yang strategik membolehkan anda berjalan kaki ke pelbagai restoran makanan laut, medan selera, dan tarikan utama di sekitar Pantai Batu Burok.

  • Harga: Sekitar RM120 – RM180 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, Wi-Fi percuma, tempat letak kereta, akses pantai
  • Kelebihan: Lokasi strategik tepi pantai serta hanya 15–20 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Masjid Kristal 

8. Terengganu Equestrian Resort

Terengganu Equestrian Resort atau dikenali sebagai Paddock Inn menawarkan pengalaman penginapan bajet yang lengkap dengan aktiviti menarik.

Antaranya ialah  menunggang kuda, mandi-manda di kolam renang luar, bermain bowling, squash, ping-pong dan aktiviti memanah. 

Lokasinya sangat strategik, hanya sekitar 10 minit pemanduan ke Masjid Kristal dan Pasar Payang, serta mudah diakses ke pelbagai tarikan utama di Kuala Terengganu seperti Muzium Negeri Terengganu dan Floating Mosque. 

Resort ini juga terletak kira-kira 15 minit dari Jeti Shahbandar dan Marang. Ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin ke pulau-pulau sekitar Terengganu.

  • Harga: Sekitar RM150 – RM220 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, restoran, taman permainan, aktiviti berkuda
  • Kelebihan: Pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga dan kumpulan, lokasi strategik berhampiran tarikan utama.

9. Batu Burok Beach Resort

Batu Burok Beach Resort menawarkan pemandangan laut memukau dan akses terus ke pantai. 

Lokasi resort yang strategik membolehkan tetamu berjalan kaki ke pantai untuk aktiviti mandi-manda, berjoging, atau sekadar bersiar-siar menikmati pemandangan matahari terbenam. 

Kawasan sekitar juga kaya dengan pilihan makanan laut segar dan kedai-kedai tempatan yang menarik untuk diterokai.

Selain penginapan yang selesa, Batu Burok Beach Resort turut menyediakan kemudahan kolam renang, restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, serta ruang santai untuk tetamu berehat sambil menikmati angin laut. 

  • Harga: Sekitar RM130 – RM200 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, restoran, Wi-Fi percuma, akses pantai
  • Kelebihan: Akses terus ke pantai, dekat dengan pusat bandar Kuala Terengganu dan tempat tarikan. 

10. Gading Chalet

Gading Chalet merupakan pilihan penginapan bajet yang terletak di kawasan kampung berhampiran pantai di Terengganu. 

Chalet ini juga mesra kanak-kanak dan dilengkapi kawasan dapur berkongsi, dart, mini‑golf dan ruang santai berbumbung. 

Keunikan Gading Chalet terletak pada persekitarannya yang dikelilingi kehijauan, jauh dari kesibukan bandar. Ini menjadikannya lokasi ideal untuk berehat dan melarikan diri dari rutin harian.

  • Harga: Sekitar RM90 – RM150 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, tempat letak kereta percuma, ruang santai luar
  • Kelebihan: Kolam renang depan pintu, hanya 4 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dand dekat dengan tempat tarikan.

11. Bukit Keluang Beach Resort

Bukit Keluang Beach Resort terletak berhampiran Pantai Bukit Keluang. Antara tarikan utama ialah kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan akses mudah ke pantai untuk aktiviti mandi-manda atau berkelah.

Lokasinya juga sangat strategik, berhampiran tarikan utama seperti Bukit Keluang Trail Head, Pantai Bukit Keluang dan laluan berjalan kaki pesisir pantai yang popular untuk aktiviti riadah dan fotografi.

  • Harga: Sekitar RM180 – RM230 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, restoran, taman permainan, akses pantai
  • Kelebihan: Lokasi strategik dekat pantai & laluan hiking, suasana tenang, kemudahan lengkap untuk keluarga & kumpulan, harga bajet.

12. Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant

Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant juga pilihan resort murah di Terengganu yang anda boleh pertimbangkan. 

Resort ini menawarkan pengalaman penginapan bajet di tepi pantai Kijal yang terkenal dengan keindahan pasir putih dan suasana damai. 

Lokasinya yang strategik hanya sekitar 30 minit pemanduan dari Cherating, sejam dari Air Terjun Chemerong, dan tiga jam dari Kuala Lumpur, menjadikannya pilihan ideal untuk percutian keluarga atau pasangan yang mahukan ketenangan di tepi pantai. 

Salah satu tarikan utama resort ini ialah restorannya yang menawarkan hidangan autentik Arab dan tempatan, menjadikan pengalaman makan di sini lebih istimewa.

  • Harga: Sekitar RM150 – RM220 semalam
  • Kemudahan: Bilik berhawa dingin, restoran, akses pantai, ruang BBQ, tempat letak kereta percuma
  • Kelebihan: Suasana tenang dan privasi, pemandangan pantai yang indah, restoran autentik Arab, kemudahan mesra keluarga, lokasi strategik berhampiran tarikan utama Kijal

Jadi, tunggu apa lagi? Rancang percutian bajet anda ke Terengganu sekarang dan nikmati penginapan hebat tanpa perlu berbelanja besar!

NOTA: Harga setiap resort adalah bergantung pada jenis bilik dan juga musim. Sila rujuk laman web resort masing-masing untuk harga terkini dan sebarang pertanyaan. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut