Dengar cerita Ramly Burger Lembu Oblong Klasik dah jadi barang ‘panas’ sekarang ni.
Jangan susah hati, boleh ke Ramly Halal Mart terdekat. Dalam artikel ini kami senaraikan outlet Ramly Halal Mart dan juga resepi burger ala prosperity McD yang dikongsikan oleh Khairul Aming.
Pengenalan Produk Ramly
Ramly Food Processing Sdn Bhd, dahulunya dikenali sebagai Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd, telah diasaskan pada tahun 1984 oleh pasukan suami isteri Dato’ Dr Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap untuk menghasilkan produk yang halal, bersih dan berkualiti.
Ramly telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berkualiti dalam bentuk sejuk beku seperti kentang goreng, nugget, daging cincang, oblong lembu / ayam , burger lembu / ikan / ayam / udang, frankfurter bebola ayam, bebola daging, ayam bersalut, karipap, dan sebagainya.
Selain itu, Ramly juga mengeluarkan barangan runcit seperti mayonis, roti, sos dan serbuk perasa.
Produk Baru Ramly
Produk baru Ramly kini dah ada di pasaran…. Wahh, 1 kilogram kambing perap Ramly dengan nilai mampu milik RM 28.10 sahaja! Menarik kan?
Jom dapatkan dari Ramly Mart terdekat anda.
Senarai Kedai / Outlet Ramly Seluruh Malaysia
Outlet Ramly Halal Mart
- Ramly Halal Mart Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
- Ramly Halal Mart Mukim Batu, Kuala Lumpur
- Ramly Halal Mart Bentong, Pahang
- Ramly Halal Mart Taman Klang Sentral, Selangor
- Ramly Halal Mart Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
- Ramly Halal Mart Putrajaya
- Ramly Halal Mart Kuala Terengganu, Terengganu
- Ramly Halal Mart Shah Alam, Selangor
- Ramly Halal Mart Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Ramly Halal Mart Kampung Bharu, Kuala Lumpur
- Ramly Halal Mart Kemaman, Terengganu
- Ramly Halal Mart Indera Mahkota, Pahang
- Ramly Halal Mart Bukit Bunga, Kelantan
- Ramly Halal Mart Bandar Baru Bangi, Selangor
- Ramly Halal Mart Puncak Alam, Selangor
- Ramly Halal Mart Sendayan, Negeri Sembilan
- Ramly Halal Mart Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
- Ramly Halal Mart Banting, Selangor
- Ramly Halal Mart Melaka, Melaka
- Ramly Halal Mart USJ1, Selangor
Cawangan Ramly Halal Kiosk
- Ramly Bistro, Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur
- Ramly Bistro, Axiata Arena, Kuala Lumpur
- R&R Gurun Utara, Kedah
- R&R Gurun Selatan, Kedah
- R&R Gunung Semanggol, Perak
- R&R Seremban Utara, Negeri Sembilan
- R&R Pagoh Selatan, Johor
Resepi Burger Oblong Ramly Ala Prosperity Khairul Aming
RESEPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE ALA McD KHAIRUL AMING
Resepi dan cara penyediaan McMing Prosperity
Bahan-bahan :
- Roti oblong
- Ramly Oblong Daging (Ramly laku keras, mungkin susah nak cari stok!)
- Bawang holland 1 biji (hiasan)
Bahan untuk Kuah :
- 2 sudu butter
- 1 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 1 paket Cendawan shittake
- 1 sudu tepung gandum
- 1 1/2 cawan air
- 2 sudu sos tiram
- Kicap manis (1 sudu / agak-agak)
- 1 kiub pati lembu
- Lada hitam (hancurkan guna giling atau blend kan. Jangan guna serbuk punya, kurang kick nanti)
Cara-cara :
- Masukkan butter,tumiskan bawang holland,bawang putih dan cendawan shittake sehingga kekuningan.
- Selepas masak kekuningan masukkan tepung gandum,kacau dan masukkan air. Tambahkan sos tiram,kicap manis,kiub pati lembu dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
- Kisar kesemua bahan yang ditumis,kemudian masak sekali lagi di atas dapur.Dan siappp.
- Panaskan kuali,kemudian grill daging oblong dan celupkan di dalam sos lada hitam. Sapukan butter sedikit pada roti yang telah dipotong kemudian panaskan di atas kuali sehingga kekuningan.
- Susun roti dan letakkan daging oblong yang telah di panggang dan dicelupkan dalam sos, kemudian letakkan beberapa hirisan bawang holland.
Sedia untuk dihidang.
Bahan air :
- Air bikarbonat aiskrim soda 1/2 botol
- Air oren Peel fresh / jenama lain 1 botol
- Ais
- (Campurkan kesemua bahan)
Jom dapatkan curly fries dan burger Oblong di outlet Ramly Halal Mart atau kedai runcit / pengedar sekitar anda!
Untuk membeli produk Ramly secara online, boleh juga dapatkan di Shopee.
Baca juga :
- Cara Masak Sardin Paling Simple dan Sedap Tanpa Rasa Hanyir
- 6 Resepi Cendawan Enoki Yang Enak dan Mudah Untuk Dicuba
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang produk-produk Ramly dan kedai outlet berdekatan, sila hubungi saluran berikut:
- Telefon: +603 – 6178 1475 / 2534
- Fax: +603 – 6187 4924
- Email: [email protected]
- Laman web : https://www.ramly.com.my/
- Facebook : Ramly Halal Kiosk Malaysia