5 Cara Renew Roadtax Online JPJ (e-LKM MyJPJ)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seiring dengan kemajuan teknologi, pengguna kenderaan di Malaysia kini boleh renew roadtax (lesen kenderaan motor @ e-LKM) secara online dengan menggunakan fungsi baharu aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Pengangkutan (MOT).

Jika sebelum ini aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan untuk memaparkan lesen dan cukai jalan (roadtax), fungsinya diperluas dengan fungsi untuk memperbaharuai atau renew roadtax LKM Digital (e-LKM) terus melalui aplikasi ini.

Dengan fungsi terbaru ini, pemilik bebas memperbaharui cukai jalan mereka melalui aplikasi pihak ketiga atau terus melalui aplikasi MyJPJ.

Fungsi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi MyJPJ ini akan mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2024.

Pertambahan fungsi baharu berkenaan akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa, kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baca lagi: MyJPJ : Roadtax Digital JPJ & Lesen Memandu Online

Renew Roadtax e-LMM dan e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ

Bagi menggalakkan orang ramai mula beralih kepada e-LMM dan e-LKM, individu yang menggunakan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika membuat pembaharuan turut akan menikmati rebat RM5.

Rebat bermula 1 Februari sehingga 31 Disember tahun ini hanya bagi mereka yang memilih e-LMM menerusi kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ.

Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan, ia hanya membabitkan kenderaan persendirian individu (warganegara).

Untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan akan menikmati rebat RM5 yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember.

Inisiatif ini juga hanya kepada warganegara dan tidak terpakai kepada warga asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, kad MyKAS dan kad MyPR.

Renew Roadtax jpj myjpj

Dilampirkan bersama mengenai pengumuman berkenaan cukai jalan LKM (roadtax) dan juga lesen memandu LMM oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Sebagai ringkasan:-

1. Fasa pertama pendigitalan cukai jalan dan lesen memandu bermula pada 10 Februari 2024 untuk kategori persendirian dan merupakan warganegara Malaysia dan berstatus individu persendirian sahaja.

2. Fungsi perkongsian e-LKM (cukai jalan) kepada individu yang diberikan kuasa / dipercayai membawa kenderaan bakal diperkenalkan dengan ciri keselamatan bermula hari ini 2 Januari 2024.

3. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara atas talian boleh dilakukan di dalam aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024.

4. Rebat sebanyak RM5.00 diberikan bagi mereka yang memperbaharui e-LKM (cukai jalan) dan e-LMM (lesen memandu) menerusi kaunter JPJ ataupun di dalam aplikasi MyJPJ, portal MySIKAP serta rakan niaga JPJ (pejabat pos Malaysia dan MyEG Services Berhad). Tawaran rebat bermula pada 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

5. Bagi mereka yang memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara fizikal hanya akan menerima slip dalam bentuk kertas keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ. Tiada lagi pelekat disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) fizikal berbentuk kad plastik dikeluarkan.

6. Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara fizikal akan diseragamkan dan berwajah baru dan hanya perlu disimpan (tidak perlu dipamerkan di cermin hadapan kenderaan.

Diharapkan rakan-rakan cakna tentang hal ini bagi mengelakkan disaman.

NOTA: Walaupun Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudah pun didigitalkan tetapi tetap perlu dibayar dan diperbaharui.

Renew Roadtax jpj myjpj

Pengenalan Aplikasi MyJPJ

YB Menteri Pengangkutan telah mengumumkan fasa pendigitalan seterusnya yang merangkumi beberapa inisiatif baharu iaitu Fungsi Kongsi e-LKM melalui Aplikasi MyJPJ, Fungsi Pembaharuan e-LKM dan e-LMM melalui Aplikasi MyJPJ, Rebat RM5 bagi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) dan Slip LKM & Slip Pembaharuan LMM.

Pengumuman inisiatif tersebut adalah berdasarkan kepada kesediaan sistem dan penerimaan awam yang positif.

Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MyJPJ, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi MyJPJ ini terus ke dalam peranti mudah alih anda:

Cara Renew Roadtax Online Melalui Aplikasi My JPJ (e-LKM)

Mari lihat panduan di bawah untuk mengetahui cara renew roadtax JPJ / e-LKM dengan mudah terus melalui aplikasi MyJPJ:

Renew Roadtax e-LKM

Ikuti langkah-langkah berikut untuk renew roadtax e-LKM anda melalui aplikasi My JPJ :

  1. Buka dan log masuk aplikasi MyJPJ
  2. Klik “Lesen Kenderaan Motor” dan “Pilih Nombor Kenderaan”
  3. Klik “Pembaharuan”
  4. Pilih “Tempoh Pembayaran” dan “Mod pembayaran”
  5. Klik butang “Submit”
  6. Bayaran pembaharuan cukai jalan anda telah pun berjaya dan resit akan dipaparkan untuk siimpanan dan rujukan anda.
  7. Isi maklumat kad kredit / kad debit
  8. Klik butang “Proceed”
  9. Masukkan kod MSOS

Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MyJPJ, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi MyJPJ ini terus ke dalam peranti mudah alih anda:

5 Cara Memperharui Cukai Jalan Kenderaan Persendirian

Kini sudah ada 5 cara untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan persendirian. Pilihlah cara yang paling mudah, jimat dan senang bagi diri masing-masing

CARA-CARANYA:

A. Hadir secara fizikal untuk memperbaharui:

  • 1. Kaunter JPJ
  • 2. JPJ Mobile
  • 3. Kios JPJ

B . Memperbaharui secara Digital:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut