3 Cara Renew Insurans Kereta Online: Pos Malaysia, Bjak, MyEG

renew insurans kereta
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kini terdapat cara mudah untuk renew insurans kereta yang boleh dilakukan menerusi online sahaja.

Terdapat 3 aplikasi yang boleh digunakan untuk renew insurans tersebut iaitu Pos Malaysia, Bjak, dan MyEG.

Ketahui cara-cara renew insurans dengan 3 langkah sahaja!

Mengenai Insurans Kereta

Insurans kereta merupakan perlindungan yang perlu dibeli oleh pemilik kereta bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian.

Ini bermakna perlindungan insurans tersebut akan membantu meringankan beban individu khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku kemalangan yang mana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Kepentingan Mempunyai Insurans Kereta

Pemilik kereta perlulah memastikan kereta mereka mempunyai perlindungan insurans kenderaan yang sah.  

Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987,  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua pemilik kenderaan diwajibkan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax yang sah.

Maka, untuk memperbaharui roadtax, mereka mestilah mestilah mempunyai insurans dan insurans tersebut perlulah diperbaharui terlebih dahulu sebelum ia mencapai tarikh luput. 

Apabila memiliki roadtax kereta yang sah, pemilik kenderaan dapat mengelak daripada disaman oleh pihak berkuasa seperti Polis Trafik atau JPJ.

Jenis Insurans Kereta

Terdapat 3 jenis insurans kereta di pasaran iaitu:

i) Insurans Komprehensif 

Insurans ini menyediakan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemilik kereta yang mana pemilik kereta dilindungi daripada kerugian atau kerosakan harta benda sendiri serta tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan.

ii) Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Insurans ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan pemilik tersebut.

Insurans ini juga turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan sekiranya berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.

Polisi ini lazimnya menawarkan harga yang lebih mahal daripada polisi pihak ketiga, namun lebih murah daripada polisi komprehensif.

iii) Insurans Pihak Ketiga

Insurans ini merupakan polisi perlindungan yang paling asas yang mana hanya melindungi pihak ketiga sahaja. 

Pihak ketiga dimaksudkan dengan individu lain yang terlibat jika berlaku situasi yang tidak dijangka.

Ianya termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda.

Ini bermakna kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.

Cara Renew Insurans Kereta

Berikut adalah cara untuk renew insurans kereta melalui aplikasi Pos Malaysia, Bjak atau MyEG.

i- Pos Malaysia

1.Buka aplikasi Pos Laju, kemudian pilih “Insurance / Takaful”

2. Pilih ingin perbaharui insuran kereta.

3. Masukkan butiran, pilih sebut harga dan lakukan pembayaran.

    ii- Bjak

    1.Buka aplikasi Bjak, pilih untuk renew bagi kenderaan jenis kereta dan klik ‘minta quote percuma’.

    2. Bandingkan dan pilih pelan insurans yang sesuai dengan keperluan anda

    3. Teruskan membuat pembayaran dan nota perlindungan e-insurans dihantar melalui WhatsApp atau e-mel.

    iii- MyEG

    1.Login aplikasi MyEG dan klik ikon “Jabatan Pengangkutan Jalan”

    2. Klik “Perbaharui Auto Insurans Kereta” 

    3. Setelah mendapat harga akhir, buat pembayaran.

      Info Lanjut

      Info lanjut mengenai insurans kereta, sila layari pautan https://bjak.my/blog/insurans-kereta-apa-yang-anda-perlu-tahu/

      Baca juga: Tukar Kereta Idaman Setiap Bulan Dengan FLUX! 100% Tanpa Loan, Tanpa Down Payment!

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut