Redmi Pad SE 8.7 : Varian, Spesifikasi dan Harga

Bagi anda yang sedang mencari tablet pada harga mampu milik, anda mungkin boleh mempertimbangkan Redmi Pad SE 8.7.

Bagi yang tidak tahu, Redmi ialah jenama anak syarikat elektronik China Xiaomi.

Ia pertama kali diumumkan pada Julai 2013 sebagai barisan telefon pintar bajet dan menjadi sub-jenama Xiaomi yang berasingan pada 2019 untuk mengambil alih segmen peranti peringkat permulaan dan pertengahan yang asalnya dihasilkan oleh jenama Xiaomi, manakala Xiaomi sendiri mengeluarkan peranti segmen atasan Xiaomi (dahulunya Mi).

Spesifikasi

Xiaomi berkata ia telah mereka bentuk paparan Redmi Pad SE 8.7 dengan nisbah skein 5:3 untuk memudahkan penggunaannya untuk membaca atau menyemak imbas web dengan hanya satu tangan.

Bercakap tentang membaca, tablet ini dilengkapi dengan dua mod bacaan, Kertas dan Klasik, untuk meningkatkan keselesaan semasa sesi bacaan lanjutan dan sesuai dengan pilihan dan persekitaran pengguna yang berbeza, sama ada dalam bilik yang terang atau bercahaya malap.

Tablet ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G85 octa-core. Dari segi storan, Pad SE 8.7 biasa mendapat pilihan tunggal storan 128GB dan 6GB RAM.

harga tablet redmi

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak storan, terdapat juga slot microSD yang boleh mengembangkan ruang storan sehingga 2TB.

Kedua-dua varian Redmi Pad SE 8.7 didatangkan dengan pek bateri berkapsiti 6,650mAh yang sama.

Pengecasan bateri boleh dilakukan sehingga 18W melalui pengecasan berwayar pantas, yang dikatakan dapat mengecas tablet daripada rata kepada penuh dalam masa kurang dari 1 jam 20 minit.

Artikel berkaitan: Xiaomi 14 dan 14 Ultra: Spesifikasi dan Harga

Varian

Redmi Pad SE 8.7

Redmi Pad SE 8.7 di Malaysia boleh dimiliki dengan satu pilihan storan iaitu varian 128GB+6GB.

Sementra itu, Pad SE 8.7 4G ditawarkan dengan pilihan varian tambahan 64GB+4GB.

Kedua-dua model biasa dan model 4G dijual dalam 3 pilihan warna seperti berikut:

  • Graphite Grey
  • Aurora Green
  • Sky Blue

Harga

Berikut merupakan harga rasmi peranti Redmi Pad SE 8.7 bagi pasaran Malaysia:

  • Pad SE 8.7 (128GB+6GB) – RM599
  • Pad SE 8.7 4G (64GB+4GB) – RM599
  • Pad SE 8.7 4G (128GB+6GB) – RM699

Cara beli

Pelanggan boleh membeli peranti Redmi Pad SE 8.7 di kedai fizikal Xiaomi yang sah atau dalam talian di laman web rasmi Xiaomi, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Bantu kami share artikel ini: