Semakan Keputusan Rayuan SBP / Sekolah Khusus 2025/2026

rayuan sbp 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Info Semakan Keputusan ke Sekolah Khusus 2025 & e-Rayuan SBP / SMKA

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2025

Bila tarikh semakan keputusan Sekolah Khusus @ SBP?

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi sesi 2025/2026.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2025

Menurut info terkini melalui makluman di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan dan rayuan boleh dibuat pada tarikh berikut:

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN DAN RAYUAN

  • Tarikh rayuan : Mulai 31 Januari 2025
  • Tarikh semakan keputusan rayuan : 7 Mac 2025

Sila rujuk cara semakan Keputusan Penawaran Serta Penempatan Murid Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ketagori Rayuan Ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Agama) Bagi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

rayuan sbp 2025

Pautan Semakan Rayuan SBP 2025

INFO KPM: Semakan Kemasukan & Permohonan Rayuan ke SBP & SMKA sesi 2025/2026

Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.

semakan rayuan sbp
rayuan smka semakan rayuan sbp

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Cara Permohonan Rayuan

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

  1. e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
  2. Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
  3. Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
  4. Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
rayuan smka

NOTA:

  • Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan

Baca juga: Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Tips Tambahan & Contoh Surat Rayuan – Perkongsian Ibu Bapa

Menurut sebuah perkongsian seorang pengguna di Facebook, ibu bapa juga boleh membuat permohonan rayuan melalui surat secara manual.

Di sini kami kongsikan posting beliau:

Link post asal: https://www.facebook.com/groups/787042404964321/posts/2202444673424080/

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada calon-calon agar terus membuat rayuan dan tidak berputus asa walaupun masih belum mendapat tempat di Sekolah Khusus.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rayuan SBP dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk saluran di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Info terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/

ATAU

Hubungi hotline 03-8000 8000

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut