Ramadan 2025: Tarikh Mula Puasa 2025

Untuk mereka yang ingin mengetahui tarikh mula puasa bagi tahun 2025, berikut adalah tarikh Ramadan 2025.

Ini bagi membolehkan orang ramai merancang aktiviti dan sebagainya bagi menghadapi tahun 2025.

Maksud Ramadan

Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat.

Al-Imam Al-Qurtubi menyatakan:

“(Kalimah Ramadan itu) diambil dari perkataan (ramaḍa iaitu) yang membawa maksud kepanasan yang dilalui oleh orang yang berpuasa itu iaitu ketika hangatnya organ perutnya kerana terlalu haus.” (Tafsir al-Qurṭubi, 2/290).

Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan “ramaḍa” yang membawa maksud panas.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Solat al-Awwabin (Solat Duha) itu ketika waktu anak-anak unta kepanasan (kerana pasir yang panas)” (Sahih Muslim, no: 144-748).

Penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, Al-Imam Al-Qurṭubi menyatakan bahawa seakan-akan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia.

Maksud Puasa

Menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap.

Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT yang menceritakan perihal Maryam AS:

Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al-Rahman. (Surah Maryam: 26)

Puasa dari segi syara’ pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Penentuan Tarikh Puasa 2025

Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah dan hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah bermula dari tahun 1995 untuk menentukan tarikh bermulanya puasa.

Asas kepada kaedah rukyah dan hisab yang digunapakai negara Malaysia adalah berpandukan kepada pendapat-pendapat ulama’ muktabar.

Rukyah (melihat anak bulan) akan dilaksanakan pada hari ke 29 setiap bulan, sebagai contoh 29 Syaaban 1445H akan datang.

Sekiranya hilal (anak bulan) tidak kelihatan maka data hisab digunakan dengan merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui.

Sekiranya kriteria tersebut dipenuhi maka esoknya menjadi 1 Ramadan dan sekiranya tidak dipenuhi maka esoknya digenapkan kepada 30 haribulan Syaaban.

Tarikh Ramadan 2025

Menurut JAKIM, tarikh Ramadhan 2025 dijangka jatuh pada 2 Mac 2025 iaitu pada hari Ahad.

Namun, ianya tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2025 (1446-1447H)

ramadan 2025 puasa

Kalendar Islam 2025

Kalendar Kuda – Mac 2025

Anda boleh rujuk tarikh dan hari mengikut kalendar kuda di bawah ini:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!