Qunut Nazilah : Panduan & Doa Untuk Palestin

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Qunut Nazilah : Panduan & Doa Untuk Palestin

Bermula hari ini mari kita sama-sama bacakan doa qunut nazilah di setiap rakaat terakhir solat kita buat saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin.

Jika kita tak dapat bantu dari segi kudrat, maka kita bantu mereka dari segi doa dan derma untuk baik pulih ekonomi saudara kita disana.

Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang qunut nazilah dan panduan melakukannya.

Pengenalan

Qunut nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak.

Ia dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam atau sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada 3 cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.

Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.

Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.

Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.

Sumber: FB Ustazah Nurul Anis Abu Bakar, Addy Rahim

FB Ustazah Nurul Anis Abu Bakar

Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC yang diserta di bawah ini.

BACAAN DOA QUNUT NAZILAH (VERSI ARAB & RUMI)

  • اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
    • Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
  • و نعوذ بك من شرورهم
    • Wana’u dzubika min syururihim
  • اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
    • Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
  • وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
    • Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
  • وسلط عليهم کلبامنکلابك
    • Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
  • يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
    • Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
  • اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
    • Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
  • يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
    • Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim
qunut nazilah
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Bacaan Qunut Nazilah versi rumi :

Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Ya Mujriyas-Sahab‚
Ya Hazimal Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim

MAKSUD QUNUT NAZILAH

  • Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami,
  • dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
  • Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
  • Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
  • Ya Allah leburkan pendirian mereka,
  • Ya Allah musnahkan langkah mereka,
  • Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
  • Ya Allah yang Maha Memaksa,
  • Ya Allah yang Maha Perkasa,
  • Ya Allah yang Maha Membalas,
  • Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
  • Yang turunkan kitab,
  • Yang gerakkan awan,
  • Yang tewaskan tentera Ahzab,
  • Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Allahumma ameen

Sumber : UNIC

Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita di Palestin yang sedang berjuang, bangkit mempertahankan Tanah Air mereka Bumi Al-Aqsa.

Semoga kemenangan menjadi milik pejuang Palestin dan Tanah Milik Umat Islam dikembalikan.

Semoga segala penderitaan mereka berakhir dan saudara-saudara kita di bumi Palestin dapat mengecapi keamanan dan kebahagiaan.

PALESTINE X MALAYSIA : Dapatkan pelbagai merchandise Free Palestine sebagai tanda sokongan anda kepada Palestin

[MUAT TURUN PDF] Doa Memohon Keamanan & Perlindungan Untuk Gaza, Palestin

MUAT TURUN : Doa Qunut Nazilah

PDF version
Desktop: https://bit.ly/3skO5E6
Mobile Phone: https://bit.ly/3QJKo4q

Doa Untuk Palestin

MUAT TURUN PDF – Doa Untuk Palestin :

Doa Untuk Palestin qunut nazilah
Doa qunut nazilah Untuk Palestin
Doa qunut nazilah Untuk Palestin

MUAT TURUN PDF – Doa Untuk Palestin :

Doa Memohon Keamanan Negara

رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡهُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.”

Surah Al-Baqarah 2:126

doa keamanan negara palestin
Sumber : JAKIM

Doa Keamanan & Kemakmuran

Semoga negara ini terus menjadi tempat di mana impian menjadi kenyataan dan kebahagiaan adalah warisan yang kita sampaikan dari generasi ke generasi.

Kami berdoa untuk negara yang aman, sejahtera dan dilimpahi rahmat dan berkat, Insya-Allah.

doa palestin
Sumber: JAWI

Doa Memohon Perlindungan

“يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ، ءَامِنــَّـا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ، سَلِّمْنــَا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ، نــَجِّنــَا مِمَّا نــَـخَافُ”
Amin ya Rabbal ‘alamin.

Maksudnya:


“Wahai (Tuhan) yang memberikan keamanan kepada sesiapa yang takut,
berikanlah kami aman (di dunia) terhadap apa sahaja yang kami takut.
Wahai (Tuhan) yang memberikan keamanan kepada sesiapa yang takut,
berikanlah kami sejahtera (di akhirat) terhadap apa sahaja yang kami takut.
Wahai (Tuhan) yang memberikan keamanan kepada sesiapa yang takut,
keluarkanlah kami dari apa sahaja yang kami takut.”

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Baca juga :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut