Niat Puasa Sunat Bulan Syaaban / Nisfu Syaban & Kelebihan Bulan Sya’ban
Rejab bakal berlalu, manakala Syaaban 1445 H pula bakal menjelma. Moga diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan.
Rasulullah SAW menyarankan umatnya banyakkan berdoa terutama bila tiba tiga bulan ini;
ููููููู ูู ุจูุงุฑููู ููููููุง ููููู ุฑูุฌูุจู ููุดูุนูุจูุงูู ููุจููููุบูููุง ุฑูู ูุถูุงูู
โYa Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.โ
(HR Ahmad dan At Tabrani)
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelebihan bulan ini serta tarikh malam Nisfu Sya’ban bagi tahun 2024 bersamaan 1445H.
Pengenalan
Bulan Syaโban (DBP: Syaaban) adalah bulan ke-8 mengikut kalendar Hijriah.
Bulan Syaโban menandakan bahawa berbaki satu Bulan lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia dan penuh berkat. Malah, umat Islam juga digalakkan untuk sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti puasa, sedekah, berdoa dan menghidupkan malam pertengahan Sya’ban (Nisfu Sya’ban) seperti yang disarankan oleh Nabi S.A.W
Tarikh Masuk Bulan Sya’ban & Nisfu Sya’ban 1444H
Awal Syaaban (1 Syaaban) = 11 Februari 2024 (Ahad) * Insha Allah kita akan menyambut kedatangan 1 Syaaban setelah masuk waktu Maghrib, 10 Februari 2024 ini (Sabtu).
15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 25 Februari 2024 (Ahad) *Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada malam 24 Februari 2024 (Sabtu), selepas masuk waktu Maghrib.
Sila rujuk Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi Malaysia dalam lampiran berikut :
Kelebihan Bulan Sya’ban & Malam Nisfu Syaaban
Menurut info dari JAKIM, malam bulan Syaaban ini amalan tahunan kita diangkat malaikat kepada Allah SWT.
Justeru, kita digalakkan untuk memperbanyak amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Kelebihan Puasa Sunat Bulan Syaaban
Umat Islam digalakkan untuk memperbanyak puasa sunat dalam bulan Syaaban.
Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
ุนููู ุฃูุณูุงู ูุฉู ุจููู ุฒูููุฏู ููุงูู ููููุชู ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ููู ู ุฃูุฑููู ุชูุตููู ู ุดูููุฑูุง ู ููู ุงูุดูููููุฑู ู ูุง ุชูุตููู ู ู ููู ุดูุนูุจูุงูู ููุงูู ุฐููููู ุดูููุฑู ููุบููููู ุงููููุงุณู ุนููููู ุจููููู ุฑูุฌูุจู ููุฑูู ูุถูุงูู ูููููู ุดูููุฑู ุชูุฑูููุนู ููููู ุงููุฃูุนูู ูุงูู ุฅูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู ููุฃูุญูุจูู ุฃููู ููุฑูููุนู ุนูู ูููู ููุฃูููุง ุตูุงุฆูู ู
โDaripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W;
โWahai Rasulullah S.A.W, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaaban.
Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rabb semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasaโ.โ
(Hadis Riwayat an-Nasai No: 2317) Status: Hasan
Daripada Muโaz bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban antaranya berpuasa sunat.
Niat Puasa Sunat Sya’ban :
ูููุช ุตูู ุดูุฑ ุดุนุจุงู ุณูุฉ ููู ุชุนุงูู
“Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.”
Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana Allah Taโala.
Puasa Sunat Nisfu Syaban
Adakah benar bahawa pada hari Nisfu Syaโban disunatkan untuk berpuasa?
Menurut carian kami di laman web Maktabah Al-Bakri, DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI menjelaskan seperti berikut:
Terdapat sebuah hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi dalam Syuโab al-Iman berkenaan puasa Nisfu Syaaban. Hadith ini dinilai sebagai palsu oleh kebanyakan ulamaโ hadith. Hal ini kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abu Bakar bin Abdullah bin Abi Sabrah.
Ibn Majah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ali RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุฅูุฐูุง ููุงููุชู ููููููุฉู ุงููููุตููู ู ููู ุดูุนูุจูุงูู ูููููู ููุง ููููููููุง ููุตููู ููุง ููููู ูููุง
Maksudnya: โApabila datangnya malam Nisfu Syaaban maka hidupkanlah malamnya dan puasalah pada siang harinyaโฆโ
[Riwayat Ibn Majah (1388) dan al-Baihaqi di dalam Syuโab al-Iman (3542)]
Walaubagaimanapun, Ibn Rajab al-Hanbali di dalam Lataif al-Maarif menekankan bahawa puasa pada hari Nisfu Syaaban tetap digalakkan kerana ia termasuk dalam hari-hari putih. (Lihat Lataโif al-Maarif, hlm. 151)
Justeru, walaupun hadith โApabila datangnya malam Nisfu Syaaban maka hidupkanlah malamnya dan puasalah pada siang harinyaโฆโ merupakan hadith palsu, namun puasa pada hari Nisfu Syaaban tetap digalakkan kerana ia termasuk dalam hadith galakan berpuasa pada hari putih.
Bahkan bulan Syaโban merupakan bulan yang paling digalakkan untuk berpuasa sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุตููู ู ุญูุชููู ููููููู: ูุงู ููููุทูุฑูุ ููููููุทูุฑู ุญูุชููู ููููููู: ูุงู ููุตููู ูุ ููู ูุง ุฑูุฃูููุชู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุงุณูุชูููู ููู ุตูููุงู ู ุดูููุฑู ุฅููููุง ุฑูู ูุถูุงููุ ููู ูุง ุฑูุฃูููุชููู ุฃูููุซูุฑู ุตูููุงู ูุง ู ููููู ููู ุดูุนูุจูุงูู
Maksudnya:ย โApabila Rasulullah SAW berpuasa, kami merasakan Baginda tidak akan berbuka (kerana Baginda puasa secara berterusan), dan apabila Baginda tidak berpuasa kami merasakan Baginda tidak akan berpuasa lagi. Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa satu bulan penuh selain puasa Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda begitu banyak berpuasa berbanding pada bulan Syaโban.โ
*Sumber rujukan: https://maktabahalbakri.com/
Doa Bulan Syaaban
Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah.
Doa-doanya ialah:
DOA 1
DOA 2
Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
NISFU SYA’BAN TERMASUK 5 MALAM MUSTAJAB DOA – IMAM AS-SYAFI’E RA
ููุงูู ุงูุดููุงููุนูููู : ููุจูููุบูููุง ุฃูููููู ููุงูู ููููุงูู : ุฅูููู ุงูุฏููุนูุงุกู ููุณูุชูุฌูุงุจู ููู ุฎูู ูุณู ููููุงูู ููู ููููููุฉู ุงููุฌูู ูุนูุฉู ููููููููุฉู ุงูุฃูุถูุญูู ููููููููุฉู ุงููููุทูุฑู ููุฃูููููู ููููููุฉู ู ููู ุฑูุฌูุจู ููููููููุฉู ุงููููุตููู ู ููู ุดูุนูุจูุงูู.
Imam asy-Syafie berkata : “Doa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu sya’ban.”
Diriwayatkan dalam:
Imam asy-Syafie, Al-Umm, Jilid 1/254, Dar El Fikr, 2009,
Imam al-Baihaq, Sunnah al-Kubra, 3/319, no: 6518.
Syu’bul Iman, 3/341, no: 3711.
Baca juga: