Puasa Muharram: Tarikh, Niat & Kelebihan Puasa Muharam 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Muharram adalah bulan pertama dalam Islam dan merupakan antara bulan yang digalakkan untuk kita melakukan puasa sunat.

Saban tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan.

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail) – Riwayat Abu Daud (2429)

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

Maksud Bulan Haram Dalam Islam & Kelebihan Bulan Muharam

Bulan Muharram merupakan salah satu bulan haram dalam Islam.

Bulan Muharram membawa maksud ‘bulan terlarang’ dalam kalangan orang Arab, dan dianggap suci dalam kalendar mereka. 

Pada bulan tersebut juga, orang Arab dilarang melakukan sebarang peperangan, pembunuhan dan kekasaran.

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

[Surah At – Taubah: 36]

Artikel berkaitan: Hari Asyura 2023 – Tarikh & Kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

puasa muharram muharam
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرًا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَاتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ ذَالِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ‌ۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡ‌ۚ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).”
(Surah At-Taubah: 36)

أَفْضَلُ الصِّيامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ، وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.”
(Hadis Riwayat Muslim, 1163)

puasa muharram muharam

Puasa Sunat Bulan Muharram

Antara puasa sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharram adalah Puasa Asyura pada tarikh 10 Muharram.

Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya.

Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.

Artikel berkaitan: Puasa Tasu’a: Lafaz Niat, Fadhilat dan Tarikh Hari Tasu’a 2024

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. – Riwayat Ahmad (2154)

Sebahagian para ulama mengatakan bahawa cara mengerjakan puasa ‘Asyura itu ada tiga keadaan seperti berikut:

  • Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
  • Berpuasa padanya (10 Muharram) secara tunggal.
  • Berpuasa sehari dan selepasnya.

Manakala cara terbaik serta paling lengkap untuk melakukannya adalah sebagaimana turutan yang disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) dengan cara seperti berikut:

  • Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
  • Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
  • Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

puasa muharam muharram

Tarikh Puasa Sunat Bulan Muharam 2024

Bagi tahun 2024, tarikh Hari Asyura & Hari Tasu’a adalah seperti berikut:

  • PUASA TASU’A : 9 Muharram = 15 Julai 2024 (Isnin)
  • PUASA ASYURA : 10 Muharam = 16 Julai 2024 (Selasa)
  • PUASA 11 MUHARAM = 17 Julai 2024 (Rabu)
  • HARI PUTIH 13,14,15 MUHARAM = 19,20,21 Julai 2024 (Jumaat, Sabtu, Ahad)

NOTA: Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam atau pada 11 Muharam berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi. Namun, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.

maal hijrah 2024

Rujuk kalendar di bawah untuk memudahkan anda membuat perancangan untuk puasa sunat dan menguruskan jadual harian:

JADUAL PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM 1446H / 2024 – KREDIT PU AMIN

Sumber: Facebook Pencetus Ummah Amin

KALENDAR KUDA BULAN JULAI 2024

Niat Puasa Muharam

PUASA TASU’A (9 MUHARAM)

Berikut merupakan lafaz niat puasa sunat Tasu’a:

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnata Lillahita’ala

“Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

PUASA ASYURA (10 MUHARAM)

نَوَيْتُ صَوْم عَاشُورَاء سُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma ‘Asyura Sunnata Lillahita’ala

Maksudnya : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut