Proton X50 Sport Edition (SE): Spesifikasi, Varian, Harga

Proton X50 Sport Edition
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Proton telah melancarkan Proton X50 Sport Edition (SE), varian terhad yang menawarkan gabungan unik antara kesukanan dan sofistikasi.

Dihasilkan berdasarkan varian Premium, hanya 1,000 unit X50 SE akan dikeluarkan, menjadikannya pilihan eksklusif bagi peminat automotif di Malaysia.

Proton X50 Sport Edition merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mencari SUV dengan penampilan sporty tanpa mengorbankan keselesaan dan teknologi moden.

Dengan pengeluaran terhad kepada 1,000 unit, model ini menawarkan eksklusiviti dan nilai tambah yang sukar ditandingi dalam segmennya.

Reka Bentuk dan Penampilan

design Proton X50 Sport Edition

Proton X50 SE menonjol dengan warna badan Quartz Black yang elegan, dipadankan dengan Aerokit yang merangkumi skirt depan, sisi, dan belakang berwarna merah.

Kemasan hitam berkilat pada gril depan dan garnish pintu belakang menambah sentuhan yang sporty, sementara roda aloi 18-inci berwarna hitam menyerlahkan lagi penampilan sporty SUV ini. Pelekat badan dan emblem Sport Edition melengkapkan identiti unik model ini.

design Proton X50 SE

Di bahagian dalaman, X50 SE mengekalkan tema warna hitam dan merah yang sporty.

Penambahan seperti pengecas tanpa wayar, pelapik kaki edisi sport, plat scuff keluli tahan karat, dan dulang but meningkatkan lagi keselesaan dan kemudahan pemandu serta penumpang.

Sistem infotainmen dilengkapi skrin sentuh 10.3-inci dengan fungsi Hi Proton, navigasi dalam talian, penstriman muzik, dan ramalan cuaca.

Artikel berkaitan: Proton eMAS 7 2025: Harga, Varian, Spesifikasi, Tempahan

Spesifkasi Proton X50 Sport Edition (SE)

spesifikasi Proton X50

Dari segi prestasi, X50 SE dilengkapi enjin 1.5 liter turbocharged dengan suntikan bahan api pelbagai titik (MPI) yang menghasilkan 150 PS dan tork 226 Nm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7DCT) yang menawarkan pemanduan lancar dan responsif.

Untuk keselamatan, SUV ini dilengkapi dengan enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS), pengagihan brek elektronik (EBD), kawalan kestabilan elektronik (ESC), dan sistem kawalan cengkaman (TCS), memastikan perlindungan optimum bagi semua penumpang.

Harga dan Tawaran Istimewa

Proton X50 Sport Edition ditawarkan pada harga RM105,300 atas jalan tanpa insurans.

Namun, Proton memberikan rebat tunai RM7,000 sepanjang bulan Januari 2025, menjadikan harga efektif RM98,300.

Dengan penambahan aksesori bernilai RM10,000, pelanggan menikmati nilai tambahan yang signifikan dengan hanya menambah RM3,500 berbanding varian Premium biasa.

Artikel berkaitan: Proton Saga Baru 2025: Harga, Varian, Spesifikasi, Gambar

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Proton di https://www.proton.com/en/models/protonx50-sport-edition

Anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui laman we rasmi Proton.

Memandangkan hanya 100 buah unit sahaja yang dihasilkan untu keluaran khas ini, pastikan anda menempah segera agar tidak terlepas peluang menarik ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut