Permohonan Kemasukan Ke Program Sijil Pertanian Malaysia 2022

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jabatan Pertanian menyediakan Program Sijil Pertanian untuk belia secara percuma!

Jom ketahui lebih lanjut tentang program ini.

Apakah Program Sijil Pertanian Malaysia?

Program ini ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara.

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an.

Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Syarat Kelayakan

Program sijil pertanian

Tempoh & Kurikulum Program Sijil Pertanian Malaysia

Program ini dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori.

Kurikulum program ini dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

Baca juga: Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer, Kos Kecil Saja

Lokasi Program Sijil Pertanian Malaysia

Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Tarikh Kemasukan & Semakan Temuduga

PERMOHONAN ke IPSM boleh dibuat mulai 1 – 30 Jun 2022

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA IPSM boleh dibuat mulai 11 Julai 2022

SESI TEMUDUGA IPSM pada 25 – 29 Julai 2022

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA boleh dibuat mulai 15 Ogos 2022

PENGESAHAN TERIMA / TOLAK TAWARAN KEMASUKAN ke IPSM boleh dibuat mulai 15 Ogos 2022

KEMASUKAN ke IPSM adalah pada 25 September 2022 (Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH), Johor) dan 26 September 2022 (Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG), Perak)

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA dan TAWARAN KEMASUKAN ke IPSM adalah secara ONLINETiada sebarang surat menyurat akan dihantar kepada pemohon.

*Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

Program sijil pertanian

Maklumat Lanjut mengenai Institut Pertanian, sila layari Portal Rasmi Jabatan Pertanian

Apa tunggu lagi? Jom Masuk Institut Pertanian.

Muat Turun Borang Permohonan

Borang Permohonan : http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/

Maklumat Lanjut Program Sijil Pertanian Malaysia

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-8870 3035 / 3271 / 3265 / 3228 / 3238 atau emel [email protected]

Sumber : http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/

Baca juga: Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP 2022)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut