Program Sentuhan Kasih Rakyat Inisiatif Bantuan RM300 Untuk Golongan Miskin di Sabah
Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.
Bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Daerah Tongod mencatatkan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Sabah dengan 5.9 peratus, diikuti oleh Beluran sebanyak 5.0 peratus, Pitas (4.8 peratus), dan Kinabatangan (4.6 peratus).
Selain itu, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu mencatatkan kadar 4.0 peratus, Tuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus), dan Lahad Datu juga pada kadar 2.4 peratus. Kadar ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.
Baca juga: Bantuan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) Kategori Bujang & Keluarga
Apa itu Program Sentuhan Kasih Rakyat
Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Program ini akan diselaras pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.
Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.
Siapa Yang Layak Terima Bantuan?
- Ketua isi rumah miskin tegar dan miskin, termasuk ahli keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Jumlah Bantuan
Bantuan RM300 sebulan selama setahun membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.
Tarikh Pemberian Bantuan
Bantuan akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025 depan.
Baca juga: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :