Pro-P MARA: Permohonan Program Pembangunan Profesional 2024

pro-p
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka melalui Permohonan Program Pembangunan Profesional 2024 (Pro-P) kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan untuk keperluan negara.

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 9 hingga 18 Oktober 2024.

Berikut adalah syarat kelayakan, cara membuat permohonan dan info selanjutnya tentang program tersebut.

Pengenalan Program Pembangunan Profesional 2024 (Pro-P) MARA

Professional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

    Baca juga: TVET MARA : Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM (2025)

    Syarat Umum Pro-P MARA 2024

    Syarat Umum

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera
    3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024:
      • Professional: Tidak Melebihi 45 tahun (dalam negara) dan Tidak Melebihi 35 tahun (Luar Negara)
      • Kepakaran: Tidak Melebihi 45 tahun (Dalam Negara) / Tidak Melebihi 40 tahun (Luar Negara)
    4. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
    5. Penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis.
    6. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
    7. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
    8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/disiplin.
    9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan program Profesional / Kepakaran TIDAK akan dipertimbangkan.
    10. Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama/setaraf TIDAK BOLEH memohon program ini.
    11. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan/bekerja perlu mendapat pelepasan/kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
    12. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
    13. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara. Jika pemohon tidak mendapat pelepasan dari pihak majikan, pemohon boleh memohon pengajian secara separuh masa dalam negara sahaja.
    14. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan.
    15. Skrol dan transkrip peperiksaan bagi sijil akademik yang menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

    Bidang Pengajian & Syarat Akademik Pro-P MARA

    Bidang pengajian dan rujuk syarat akademi boleh dirujuk seperti di bawah:

    Tarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional 2024 MARA

    Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 9 hingga 18 Oktober 2024.

    Cara Permohonan

    Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login.

    Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

    Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

    Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.

    Jumlah Tajaan / Elaun

    Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup dan elaun-elaun lain tertakluk kepada kelulusan.

    Bagi pemohon yang sedang bekerja, hanya layak dipertimbangkan untuk yuran pengajian sahaja (pengajian dalam negara).

    Baca juga: MyPersonaliti MARA: Login, Panduan Ujian Psikometrik

    Maklumat Lanjut

    SOALAN LAZIM : https://online.anyflip.com/shdgj/bjac/mobile/index.html

    Untuk maklumat lanjut tentang Program Pembangunan Profesional 2024 MARA, sila layari https://www.mara.gov.my/.

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada [email protected]

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut