Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Untuk Warga India B40

Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik & Pencantum Kabel Bertauliah Untuk Warga India B40

Sukacita dimaklumkan bahawa MITRA (Unit Transformasi Masyakarakat India Malaysia) dengan kerjasama TNB dan ILSAS kini menawarkan Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dan Pencantum Kabel Bertauliah. Program ini dikhaskan untuk masyarakat India B40.

Program ini akan mengambil tempat di The Integrated Learning Solution, ILSAS Bangi, Selangor.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA Untuk Wanita Bangsa India B40

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 31 Disember 2022.

Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut

Syarat Kelayakan Asas

1. Warganegara Malaysia.

2. Umur tidak kurang dari 20 tahun.

3. Tamat Tingkatan Lima sekolah bantuan penuh kerajaan

4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun di persekitaran di mana terdapat kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan elektrik hidup. Pemohon dikehendaki mengemukakan buku log kerja harian sebagai bukti bagi tempoh tersebut semasa sesi temuduga.

5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

6. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga seperti di bawah ini. (Sila rujuk www.st.gov.my untuk keterangan lanjut)

Kelayakan Teknikal Penjaga Jentera

Kategori A1

Memenuhi kelayakan asas Penjaga Jentera Elektrik serta syarat-syarat di bawah:

  • Memegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 (OPEN) tidak kurang daripada 1 tahun. (Sijil perakuan A0 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurangkurangnya 1 tahun sebelum tarikh permohonan)
  • Memiliki pengalaman Talian Atas Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun
  • Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

ATAU

  • Memiliki Talian Atas Voltan Rendah & Low Voltage Switching tidak kurang SATU (1) tahun
  • Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (SEKIRANYA ADA) WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

Kategori A4

Memenuhi kelayakan asas Penjaga Jentera Elektrik serta syarat-syarat di bawah:

  • Memegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 tidak kurang daripada DUA (2) tahun. (Sijil perakuan A0 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya DUA (2) tahun sebelum tarikh permohonan)
  •  Memiliki pengalaman Talian Atas Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun dan Sistem Tunggu Sedia (Genset) & Penyegerakan Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun.
  •  Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

ATAU

  • Memegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A1 tidak kurang daripada SATU (1) tahun. (Sijil perakuan A1 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun sebelum tarikh permohonan)
  •  Memiliki pengalaman Sistem Tunggu Sedia (Genset) dan Penyegerakan Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun
  • Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

Kategori B0

Memenuhi kelayakan asas Penjaga Jentera Elektrik serta syarat-syarat di bawah:

  • Memegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A4 tidak kurang daripada Dua (2) tahun. (Sijil perakuan A4 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Dua (2) tahun sebelum tarikh permohonan)
  • Memiliki pengalaman Kendalian dan Senggaraan Pencawang 11kV tidak kurang Dua (2) tahun
  • Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun

Kelayakan Teknikal Pencantum Kabel

Pencantum Kabel (Tahap 1 1kV –Voltan Rendah)

Memenuhi kelayakan asas Pencantum Kabel serta syarat-syarat di bawah:

  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang mencantum,menyambung dan menamatkan kabel tidak kurang dari TIGA (3) tahun
  • Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun

ATAU

  • Pemegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik AO dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari TIGA (3) tahun atau pemegang perakuan Penjaga Jentera Elektrik yang lebih tinggi dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari DUA (2) tahun.
  •  Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun

Pencantum Kabel (Tahap 2 11kV –Voltan Tinggi)

Memenuhi kelayakan asas Pencantum Kabel serta syarat-syarat di bawah:

  • Memegang perakuan kekompetenan Pencantum Kabel Tahap 1 tidak kurang daripada SATU (1) tahun. (Sijil perakuan Pencantum Kabel Tahap 1 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurangkurangnya SATU (1) tahun sebelum tarikh permohonan)
  • Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

Cara Memohon

Calon boleh lakukan permohonan secara atas talian dengan melayari pautan :

BORANG PERMOHONAN PROGRAM KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK DAN PENCANTUM KABEL

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dan Pencantum Kabel, sila hubungi talian Hotline 019-2677282 dan ikuti laman Facebook MITRA JPM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!