Program Jualan Rahmah (PJR): Senarai Lokasi Terkini

Program Jualan Rahmah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Jualan Rahmah (PJR) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket di lokasi-lokasi terpilih di setiap kawasan Parlimen semasa tempoh kempen dijalankan.

Objektif PJR

Program Jualan RAHMAH (PJR) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH.

Objektif utama PJR diadakan adalah untuk menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu dimiliki.

Program ini juga dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setelah berhadapan dengan pandemik pada dua tahun yang lepas sekali gus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dalam situasi yang mencabar

PJR bertujuan merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Kekerapan Program Jualan Rahmah

Berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’, Program Jualan Rahmah Bergerak dijangka diadakan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Pada Mac 2023 lalu, Parlimen meluluskan RM100 juta bagi pelaksanaan Jualan Rahmah di seluruh negara dan pada awalnya KPDN banyak melaksanakannya di dalam premis dan luar premis, namun akan datang PJR disasarkan untuk laksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap DUN di setiap negeri.

Penganjuran program itu dilihat memberi kesan positif dalam usaha meringankan kos sara hidup masyarakat Malaysia Madani.

Kebanyakan barangan yang dijual pula merupakan barangan asas harian seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, ikan bilis dan beras dengan harga yang ditawarkan lebih 30 peratus murah dari harga pasaran.

Artikel berkaitan: Program Payung Rahmah – Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

Senarai lokasi terkini

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan lokasi pelaksanaan Program Jualan Rahmah setempat, sila rujuk Laman Facebook KPDN seperti yang tersenarai di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut