Program Jom Baca: Objektif & Pelaksanaan Program

Bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, organisasi atau agensi adalah dialu-alukan untuk melaksanakan Program Jom Baca.

Sebelum ini, program ini merupakan satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca.

Mengenai Program Jom Baca

Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” mula diadakan pada tahun 2014.

Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan laporan World’s Most Literate Nation pada 2019, Malaysia berada pada kedudukan ke-53 dalam senarai negara membaca.

Menerusi Indeks Skor Budaya Sedunia (WCSI) yang telah dijalankan pada tahun 2023 pula, rakyat Malaysia hanya membaca kurang tiga jam seminggu dan rekod purata membaca rakyat Malaysia kurang memberangsangkan iaitu 15 hingga 20 buku setahun. 

Indeks tersebut mendedahkan, rakyat India dikatakan membahagikan masa lebih 10 jam seminggu dengan memenuhi aktiviti mereka dengan membaca diikuti dengan Thailand menduduki tangga kedua dan China di kedudukan ketiga.

Objektif Program Jom Baca

Program Jom Baca diadalah untuk mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Program ini juga penting untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu.

Tarikh Program

Program ini lazimnya diadakan pada 23 April setiap tahun bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada tarikh tersebut.

Program ini akan digerakkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dalam mempromosikan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelaksanaan Program- Jom Baca 10 Minit

Semua individu, pejabat, persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit.

Pihak yang terlibat juga dialu-alukan untuk menghantar gambar atau video masing-masing dalam media sosial bagi menyemarakkan program ini.

Sumber: https://klikweb.dbp.my/?p=15734

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!