IPC Marii: Permohonan Latihan Kemahiran & Elaun RM1000 Sebulan

ipc marii
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan Program IPC MARii kini dibuka bagi tahun 2021!

Kepada semua yang masih belum dapat kerja dan ingin menceburi bidang kemahiran tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jom sertai Program Industry-Led Professional Certificate (IPC) yang dianjurkan oleh agensi di bawah MITI iaitu Institut Automatif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Di bawah program ini, pelbagai kemudahan menarik ditawarkan dan peserta diberi pelbagai kelebihan.

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Industry-Led Professional Certificate (IPC).

Apakah Program Industry-Led Professional Certificate (IPC Marii)?

IPC adalah salah satu program pembangunan model insan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) yang dirangka bersama pihak industri. IPC menghasilkan pengendali dan juruteknik yang mahir melalui modul khusus dan latihan di tempat kerja.

​Program IPC memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas jualan yang makin mencabar dan kian berubah dengan teknologi.

​Program ini memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.

​Dalam tempoh enam bulan program IPC, pelatih didedahkan kepada pengetahuan am industri, kemahiran dan budaya kerja industri. Graduan IPC akan dijaminkan pekerjaan sama ada dalam kilang pengeluaran dan sebagainya.

ipc marii

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Lelaki & Perempuan
  • Berumur 18 – 30 Tahun
  • Memiliki sijil Berhenti Sekolah /  SPM / SKM / Diploma dan institusi latihan tempatan atau setaraf
  • Calon mempunyai sijil UPSR / PMR / PT3 akan dipertimbangkan

Kelebihan Program

  • Peluang pekerjaan tetap
  • Latihan diberikan
  • Tiada yuran
  • Penginapan, makanan dan minuman disediakan
  • Perlindungan insurans semasa latihan
  • Pekerjaan dijamin selepas tamat program
  • Elaun RM200 bulan pertama dan RM1000 pada bulan seterusnya
  • Sijil IPC diiktiraf oleh kerajaan & Industri

Struktur Program IPC MARii

Lazimnya, latihan IPC dijalankan secara semuka di Akademi Teknologi MARii (MARii Academy of Technology), ataupun di pusat-pusat latihan yang diiktiraf.

Walau bagaimana pun, jika wujudnya PKP atau keperluan untuk mengurangkan latihan secara semuka, IPC dapat diteruskan secara atas talian – secara langsung kepada pelatih melalui platform MARiiKerja.

Setelah tamat latihan kelas selama 30 hari, para pelatih akan diberikan sijil “Industry Led Professional Certificate (IPC)”.

Sijil “Industry Led Professional Certificate – Advanced Apprenticeship Programme (IPC-AAP)” akan diberikan setelah tamat lima bulan latihan praktikal.

Program ini dirangka selama 6 bulan dengan proses kerja seperti berikut:

  1. Pendaftaran lepasan peserta lepasan SPM / SKM / Diploma
  2. Latihan Industri
  3. Latihan Sambil Bekerja
  4. Diserap sebagai Tenaga Kerja Mahir

Baca juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19

Cara Pendaftaran Program IPC MARii

Langkah Pertama:

Teruskan dengan pendaftaran online di pautan ini: https://www.mariikerja.my/

Langkah Kedua:

Whatsapp menggunakan ke nombor +60 13-942 6330 dan isikan butir-butir di bawah:

  • Nama
  • E-mail
  • No. Kad Pengenalan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program IPC MARii, sila rujuk laman web rasmi MARii di pautan berikut: www.mariikerja.my

ATAU

Adlamat: Blok 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: [email protected]

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut