FutureReady YTAR: Syarat & Cara Permohonan Bagi Graduan B40

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman kini menawarkan Program FutureReady YTAR.

Program ini terbuka buat graduan universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Program yang dibangunkan dengan kerjasama Accenture Malaysia bagi membantu belia dari golongan B40 untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan pada masa kini.

FutureReady juga bakal memberi peluang kepada belia untuk meningkatkan kemahiran utama dalam industri perkhidmatan profesional.

Baca Juga : Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang

Kelebihan Program FutureReady YTAR

Antara manfaat yang bakal diterima oleh peserta Program FutureReady YTAR adalah :

  • Pendedahan untuk selesaikan masalah seperti perunding.
  • Peluang untuk ikuti bimbingan serta jalinkan hubungan bersama ahli korporat profesional.
  • Tawaran untuk memperoleh geran pendidikan sebanyak RM 150,000
Program FutureReady YTAR

Tempoh Program

Program ini bakal berlangsung selama 4 bulan iaitu daripada bulan September hingga Disember.

Sepanjang tempoh ini, peserta akan didedahkan dengan latihan praktikal serta bimbingan secara peribadi untuk mempelajari selok-belok perundingan teknologi moden.

Pada akhir program, peserta akan menjalani cabaran kajian kes (case study) di mana mereka akan diminta untuk kemukakan penyelesaian kepada panel hakim yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi dari Accenture Malaysia dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Merupakan warganegara Malaysia daripada universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian. YTAR akan mengutamakan pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir, pelajar Sarjana tahun akhir dan graduan menganggur.
  3. Memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi.
  4. Berasal daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah).

 Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 12 Ogos 2022 jam 11.59 malam.

Cara Memohon

Calon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan berikut http://bit.ly/FutureReadyMY.
  2. Klik butang ‘Apply Here.’
  3. Klik butang ‘Next’ dan isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program FutureReady YTAR, sila layari laman web https://bit.ly/FutureReadyMY

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!