10+ Port Moreh di Bangi – Buka hingga larut malam!

port moreh bangi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selepas menunaikan solat tarawih biasanya lapar lagi kan? Mesti terasa nak makan sesuatu yang tak berat sangat tapi boleh mengenyangkan pada waktu moreh. 

Moreh adalah  tradisi makan malam ringan selepas solat tarawih yang telah menjadi sebahagian daripada budaya Ramadan di Malaysia. 

Haa, kalau anda tinggal sekitar Bangi dan tercari-cari port moreh di sekitar Bangi, anda boleh rujuk senarai lebih 10 tempat moreh di Bangi yang dikongsikan di bawah. 

BACA JUGA: WonderMoreh – Lokasi Moreh Petaling Jaya, Selangor

Senarai Tempat Moreh Di Bangi 2025

1. Fifty Seven Coffee

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (9 PM-2 AM), Jumaat-Ahad (9 PM-3 AM), Rabu: Tutup

Fifty Seven Coffee adalah salah satu port moreh di Bangi yang anda wajib cuba. Kafe ini menawarkan suasana yang santai dan selesa, ala-ala open air begitu. Ini menjadikannya tempat ideal untuk bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga selepas solat tarawih. 

Fifty Seven Coffee terkenal dengan pelbagai jenis kopi dan juga minuman lain seperti salted caramel latte, matcha latte, peachy peach, strawberry milk dan sebagainya. 

Selain minuman, ada juga hidangan yang sesuai untuk dinikmati pada waktu malam. Antara menu yang ada ialah spaghetti, burger, pau dan sebagainya. 

@fiftyseven.coffee

Ramadhan operation hour ✨ ⏰ Monday-Thursday (9pm-2am) ⏰ Friday-Sunday (9pm-3am) ❌ Closed on wednesday 📍Waze : Fifty Seven Coffee #fyp #foryou #fiftysevencoffee #portmoreh #portlepakmoreh #morehbangi #moreh #foodie

♬ suara asli – baby mysha – baby mysha

2. Warung Hutan Bangi

Waktu Operasi: Setiap hari (4 PM-12 AM)

Warung Hutan Bangi juga antara pilihan lokasi berbuka dan serta moreh di Bangi yang menarik untuk dicuba. 

Warung ini menawarkan pelbagai jenis menu ala carte dan juga 30 jenis pilihan colek sepanjang bulan Ramadhan ni. Antara menu istimewa di warung ini kambing gulai kawah, ikan bekok, seafood bakar dan beberapa lagi. 

@botakmakan

Nice gak kalau korang nak bawa famili korang berbuka puasa dan moreh kat sini. Selain menu alakat, kat sini pun ada seafood bakar, gulai kawah, perut bakar, daging bakar dan ikan bekok. Sini pun ada 30 jenis pilihan colek sepanjang bulan Ramadhan ni. Ada kemudahan surau, parkir luas dan tandas. Untuk tempahan boleh wasabi 011-2124 enam enam satu empat 📍Warung Hutan Bangi, Lot 1963, Jalan Gembira, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Buka setiap hari Dari 4 ptg – 12 mlm @warung.hutan.bangi #BotakMakan #foodhunting #MakanLokal #myfoodie #ramadhan2025

♬ original sound – BotakMakan – BotakMakan

3. Pahit Manees

Waktu Operasi: Setiap hari (4 PM-12 AM)

Seterusnya, anda juga boleh singgah di Pahit Manees kafe untuk moreh apabila berada di Bangi dan sekitarnya. 

Pahit Manees kafe menawarkan beberapa menu ringan yang sesuai dinikmati selepas waktu tarawih seperti mi sedap sambal special, croffle, loaded cheese fries, ramen hotdog, waffle dan sebagainya. 

Untuk minuman pula, anda boleh pilih nak pesan minuman berasaskan kopi atau bukan kopi. 

@pahitmanees

PORT MOREH BANGI sampai tengah malam! macam macam ada dekat sini nak lagi best bawak kerusi healing sendiri takut full house😮‍💨 #morehbangi #morehtengahmalam #misedapbangi #kopibangi #crofflebangi #cafebangi #cafekltengahmalam #moreh2025

♬ suara asli – Fanirahmansyah – Fanirahmansyah

4. Halaman Pizza Kg Bangi

Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8.30 PM-1 AM)

Kalau nak moreh makan pizza, anda boleh berkunjung ke kafe Halaman Pizza Kg Bangi. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis menu termasuklah pizza sebagai menu utamanya. 

Apa yang menjadikan Halaman Pizza istimewa adalah lokasi mereka di kawasan kampung, memang santai betul dengan konsep open-air lagi. Sempoi!

@halaman.pizza.bangi

Moreh mana guys? next week jom lepak Halaman Pizza Kampung Bangi, Kami akan buka untuk moreh ya.. Lepas tarawikh boleh terus lepak sini.. Pizza ada, Kopi2 ada, Matcha Niko Neko ada, makanan ringan ada #dumpling #coffee #matcha #pizza #ramadhan #puasa #moreh #cafe #cafehunting

♬ original sound – KucaiMarz – KucaiMarz

5. Denali and Pinnacles Cafe

Waktu Operasi: Rabu-Isnin (5 PM-12 AM), Selasa tutup. 

Kalau anda nak moreh atau iftar sambil melihat pemandangan dari rooftop (atas bumbung) pula, anda boleh berkunjung ke Denali and Pinnacles Cafe atau juga dikenali sebagai The Wanderers Cafe. 

Kafe ini agak tersembunyi sikit, kena naik tangga untuk menuju ke rooftop di mana kafe ini beroperasi. Suasananya memang santai, sesuai sangat untuk lepak dan luangkan masa bersama keluarga atau kawasan selepas tarawih. 

Sempena Ramadan, kafe ini menyediakan beberapa menu istimewa. Anda boleh rujuk poster di bawah.

6.  Kuali Gelegok Bangi

Waktu Operasi: Setiap Hai (7 PM-1130 PM)

Bagi peminat colek pula, haa anda boleh pergi ke Kuali Gelegok Bangi untuk menikmati pelbagai jenis colek yang disediakan. Dari segi harga dan rasa, inshallah berbaloi!

7. Dars Coffee

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 PM – 2 AM)

Lepas tarawih nak lepak-lepak sambil minum kopi? Anda boleh singgah di salah satu port moreh di Bangi yang terbaik ini, iaitu Dars Coffee!

Dars Coffee menawarkan pelbagai jenis minuman berkafein dan berasaskan kopi seperti mocha, macchiato, spanish latte, cappuccino dan sebagainya. Terdapat juga minuman non-coffee seperti apple tea, lemon tea, peach tea, kombucha, matcha, coklat dan sebagainya. 

Menu istimewa sempena Ramadan yang disediakan ialah keropok lekor Terengganu, karipap dan jus kurma+pisang+madu. 

8. Rakuno Coffee

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9 PM-1230 AM)

Selain Dars Coffee, anda juga boleh berkunjung ke Rakuno Coffee untuk menikmati kopi dengan santai pada waktu moreh. 

Dengan konsep open-air dan menggunakan khemah, anda boleh menikmati hidangan sambil menghirup udara malam bersama-sama keluarga ataupun rakan-rakan. 

Selain minuman berasaskan kopi, minuman non-coffee pun ada. Makanan pun ada juga, contohnya pasta, kentang goreng, laoded fries, wrap fries, dan juga kids meal. 

9. Restoran Farhanah Catering 

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 PM-11PM)

Nikmati moreh istimewa di Restoran Farhanah Catering. Ada banyak menu yang disediakan, antaranya ialah kerabu maggie, udang, ikan & sotong celup tepung, colek buah, kerang rebus dan sebagainya. 

Bukan itu sahaja, di sini juga ada disediakan makanan untuk kanak-kanak seperti bebola ikan, nugget, kentang dan mini sosej.

Selain moreh, buffet iftar pun ada. Harga buffet iftar untuk dewasa RM45 sahaja, dengan lebih 25 menu. Memang berbaloi-baloi!

10. Kafe Jimba 

Waktu Operasi: Setiap hari (8 PM-1 AM)

Kafe Jimba atau dulu dikenali sebagai JS. CAFE juga antara port moreh di Bangi yang anda kena singgah.

Terdapat beberapa menu istimewa sempena Ramadan yang disediakan seperti puding manga, oden, colek, keropok lekor, kerang bakar dan sebagainya. 

11. Mashigetta

Waktu Operasi: Setiap hari (10 PM-2 AM)

Bagi peminat Bingsu dan makanan korea, anda wajib singgah moreh di Mashigetta Bangi Seksyen 4 Tambahan. Selain Bingsu, ada juga menu korean chicken, kentang dan set-set makanan korea yang lain. 

Kalau nak iftar di sini pun boleh!

@mashigetta

Ok saje, on! Siapa tak nak makan Bingsu sedap lepas tarawih. Memang best, terubat craving benda2 manis. #morehbingsu#morehbangi#morehbandarbarubangi

♬ original sound – MASHIGETTA – MASHIGETTA

12. Mienyu

Waktu Operasi: Setiap hari (7 PM-12 AM)

Lepas tarawih terasa nak makan mie segera atau samyang, mehlah moreh di Mienyu!

Di sini anda boleh pilih sendiri dan makan mie atau samyang perisa apa. Siap boleh buat sendiri lagi tau. Ada juga beberapa pilihan makanan yang boleh anda add-on. 

Set moreh dan iftar (ye iftar pun boleh kat sini), akan dapat percuma air ringan sekali.  Harga setiap berbeza dan bermula RM6 sahaja.

@whoszaza0

Late-night moreh just got BETTER! 🌙✨ Tried out @Mienyu new Moreh menu, starting from as low as RM6! 🍜🔥 🍜 Mie ‘N’ You – RM6 🍜Mie ‘N’ Chicken/Prawn – RM14.90 (is with mie sedap, if samyang have to add another RM3) *both comes with drinks🥤 🥠Chicken Karaage(6pcs) – RM10.90 & refreshing Mango Sago🥭🥣😍 Everything was affordable & delicious—who’s in for a late-night feast? Tag your makan buddies for moreh! 🍽️👀 Mienyu outlets: 📌BANGI 42, Jalan 7/7b, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 📍WANGSAMAJU 22-G, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur #ramadhan2025 #cafekl #moreh #morehkl #klfoodie #klfood #cafeideas #bukberbarengtemen #bukber2025 #foodiemalaysia #mienyu #morehvibes #latenighteat #foodtiktok #foodviralmalaysia #malaysiatiktok #viralfood #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut #fyp #fypage #ramadan2025 #morehkl #iftar2025

♬ like JENNIE – JENNIE

14. Cinta Dalam Kopi

Waktu Operasi: Setiap hari (7 PM – 1 AM)

Cinta Dalam Kopi satu lagi port moreh di Bangi yang anda boleh singgah. Selain moreh, anda juga boleh iftar di sini.

Menu yang kena cuba di sini adalah Nasi Bukhari, minuman kurma dan sebagainya. Untuk moreh pula, ada diskaun sehingga 30% untuk setiap pembelian.

@cintadalamkopi

PORT MOREH DI BANGI ‼️ Moreh Dulu Baru Kamu 😘😘 Selain Nasi Bukharyyy & Kurma Drinks untuk Iftar, kita juga ada up to 30% Diskaun untuk Moreh Promo !! Setiap hari jam 9PM sampai tengah malam. Jom ajak ramai2 lepak Cinta Dalam Kopi di Evo Bangi 🌸 #fyp #fypシ゚ #fypmy #fypmalaysia #bangi

♬ original sound – Cinta Dalam Kopi – Cinta Dalam Kopi

NOTA: WAKTU OPERASI SETIAP RESTORAN/KAFE YANG DISENARAIKAN DI ATAS ADALAH KHUSUS UNTUK BULAN RAMADAN SAHAJA.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut