Port Makan Durian Segamat, Johor 2025 – Lokasi & Harga

Port Makan Durian Segamat, Johor 2025 - Lokasi & Harga
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Port Makan Durian Segamat, Johor 2025 – Lokasi & Harga

Musim durian kembali lagi! Bagi peminat durian, inilah masa yang ditunggu-tunggu. 

Segamat, Johor sangat terkenal sebagai salah satu port durian di Malaysia yang cukup popular. Jadi, jika anda sedang mencari port makan durian Segamat 2025 yang berbaloi dan murah, anda boleh rujuk perkongsian di bawah.

Bila Musim Durian 2025 di Johor Bermula?

Biasanya, musim durian di Johor bermula sekitar akhir Mei hingga September bergantung kepada cuaca dan hasil tuaian tahunan. 

Ketika musim kemuncak, anda akan melihat banyak gerai tepi jalan dan ada juga yang berniaga depan rumah menawarkan pelbagai jenis durian seperti Musang King, D24, IOI, D13 dan durian kampung dengan harga mampu milik. 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati durian pada harga serendah RM6 sekilo di beberapa port terpilih di Segamat. 

BACA JUGA: Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?

1. Diana Fruit 

  • Lokasi: Jln Highway Segamat – Kuantan (Khemah Putih – selepas Masjid Taman Yayasan berhadapan Kedai Kereta Chuan Heng)
  • Google Location:  https://g.co/kgs/kP3J27j

Diana Fruit salah satu port makan durian di Segamat yang dikenali kerana menjual durian kampung, D24 dan Musang King dengan harga borong. Lokasinya yang strategik menjadikan ia tumpuan utama warga tempatan dan pelancong.

Gerai ini buka setiap hari, 8.30 pagi sehingga 10.00 malam. 

Harga durian:

  • Durian Kampung Gred A (6 biji RM50)
  • Durian Kampung Gred B (10 biji RM50 (FREE 2 BIJI))
  • Durian Kahwin RM20/kg (Beli 20kg FREE 2kg)
  • Musang King harga serendah RM30/kg, RM45/kg & RM60/kg

Sumber: Dianah Zulkefli

2. Kedai Buah-buahan Cham Fruit Jementah

  • Lokasi: Lot 80,Kampung Paya Jakas, Jementah, Segamat, Johor, Segamat, Malaysia. 

Port ini sering menjadi sebutan ramai kerana menawarkan pelbagai jenis durian kampung dan hybrid dengan harga berpatutan. Kemudahan parkir memudahkan pengunjung untuk menikmati durian bersama keluarga.

Sumber: @chamfruits

3. Pak Saad Fruits, Simpang Felda Redong, Segamat

  • Lokasi: Pak Saad Fruits, Simpang Felda Redong, Segamat

Port yang sesuai jika kalian mahu suasana kampung dan makan durian terus dari ladang. Pak Saad menawarkan konsep farm-to-table di mana kalian boleh makan di tempat, dan juga bawa pulang dengan harga borong. 

Sumber: Nadia Saad

4. Han D24 Sultan Durian Segamat

  • Lokasi: Kampung Rasau, Segamat, Johor

Bagi peminat D24, Han D24 Sultan Durian adalah destinasi wajib singgah. Durian di sini sentiasa segar dengan harga kompetitif, sesuai untuk mereka yang mencari kualiti durian yang premium. 

Sumber: 韩家榴莲 D24 昔加末 & Han D24 Sultan Durian Segamat

5. CHE TAT Durian Segamat

CHE TAT Durian juga antara port makan durian di Segamat yang menawarkan pelbagai jenis durian dari dusun tempatan. 

Lokasinya sangat mudah dicari (berhadapan 7E) menjadikannya pilihan utama untuk peminat durian. Harganya pun sangat berpatutan. 10 biji boleh dapat dengan harga RM100 sahaja!

Sumber: Instagram Che Ustat

6. Taman Perling 

  • Lokasi: Taman Perling Jalan Camar 3 Segamat, Johor.

Jika anda mencari durian murah dengan pilihan yang pelbagai, anda boleh singgah di Taman Perling Jalan Camar 3 Segamat, Johor. 1 kg durian berharga serendah RM5 sahaja. 

Jangan lupa bawa keluarga datang serbu okay!

7. Achya Fruits Jementah Segamat

Nak beli durian seguni dengan harga RM100? Haa inilah tempatnya. Achya Fruits Jementah Segamat menawarkan beberapa jenis durian seperti Musang King, durian kampung dan juga durian kahwin. 

  • Musang King – 1 biji RM20, 7 biji RM100.
  • Durian Kampung – RM5 / RM10 / RM15 / RM20 sebiji
  • Durian Kahwin – 4 biji hanya RM100

Sumber: Achya Fruits 亚赤生果

9. Amoi Durian Segamat, Bandar Putra

Satu lagi port makan durian Segamat yang anda boleh singgah adalah di Amoi Durian Segamat, Jalan Putra ini. Di sini ada pelbagai jenis durian dengan harga yang sangat murah. 

  • Durian Kampung RM5/sebijik
  • Durian Kampung RM10/sebijik
  • Durian Kampung Pokok Tua RM15/sekilo
  • Durian Kahwin RM25/sekilo
  • Durian Perak King
  • Durian Kasap Merah
  • Durian IOI
  • Durian Udang Merah
  • Durian Sultan (D24)
  • Durian Baby Musang King Sebakul RM100
  • Durian Duri Hitam (Blacktorn)

Sumber: Amoi durian segamat

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut