Pola Ayat: Takrifan & Jenis Pola Ayat

Di dalam Bahasa Melayu, terdapat pola ayat yang boleh digunakan berdasarkan jenis-jenisnya.

Berikut merupakan penerangan mengenai perkara ini dan jenis-jenisnya.

Takrifan Ayat Dasar

Sebelum memahami pola ayat, setiap ayat yang dibina adalah berdasarkan Ayat Dasar.

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat, namun jika pembinaan asas sesebuah ayat, maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.

Jenis Pola Ayat

4 jenis pola ayat di dalam Bahasa Melayu seperti yang berikut:

  • Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
  • Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
  • Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
  • Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)

i) Frasa Nama

Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis perkatan-perkataan ini:

a) Inti dan penerang

Contoh ayat: Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)

b) Inti dan inti.

Contoh ayat: Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)

ii) Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja wujud daripada satu perkataan sahaja iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat.

Binaan frasa ini terbahagi kepada 2: 

a) Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya.

Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif. 

Contoh : Adik menangis. (FN+FK)

b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini.

Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama.

Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.

Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK)   

iii) Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu.

Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat yang dibentuk melalui 4 cara:

  • Sendi nama dan frasa nama.
    Contoh ayat: di pasar
  • Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama.
    Contoh ayat: di tepi pasar
  • Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen.
    Contoh ayat: ke dalam hutan untuk menangkap rusa.

Contoh Ayat Mengikut Pola Ayat

Contoh ayat mengikut pola adalah seperti berikut:

i) Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

Contoh ayat: Johari ialah guru.

Johari merupakan frasa nama begitu juga dengan guru.

ii) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

Contoh ayat: Razif berlari.

Razif merupakan frasa nama manakala berlari merupakan frasa kerja iaitu daripada kata dasar lari.

iii) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Contoh ayat: Izzati tinggi.

Izzati merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.

iv) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

Contoh ayat: Rumahnya disebelah balai raya.

Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi nama manakala balai raya adalah predikat ayat.

Bantu kami share artikel ini: