Poco F7 Pro & F7 Ultra Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

Poco F7 Pro dan Ultra
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Poco telah melancarkan dua model terbaru mereka di Malaysia, iaitu Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra, yang menawarkan spesifikasi unggul pada harga yang kompetitif.

Kedua-dua peranti ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari prestasi tinggi tanpa mengorbankan bajet.

Peerbezaan antara kedua-dua model ini dapat dilihat daripada segi prestasi cip pemprosesan, kamerra, paparan, bateri dan teknologi pengecasan.

Spesifikasi Poco F7 Pro

Poco F7 Pro

Poco F7 Pro dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci yang menawarkan resolusi 2K (1440 x 3200 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz.

Paparan ini menyokong teknologi HDR10+ dan Dolby Vision, memberikan pengalaman visual yang tajam dan berwarna-warni.

Kecerahan puncak mencapai 3200 nits, memastikan keterlihatan yang baik walaupun di bawah cahaya matahari terang.

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 (4nm), peranti ini hadir dengan RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Konfigurasi ini memastikan prestasi lancar untuk multitasking dan aplikasi berat.

Peranti ini menampilkan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP (f/1.6) yang dilengkapi dengan teknologi dual pixel PDAF dan OIS untuk kestabilan imej.

Kamera kedua adalah lensa ultra lebar 8MP. Untuk swafoto, terdapat kamera 20MP di bahagian hadapan.

Peranti ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W, mampu mengecas penuh dalam masa 37 minit.

Spesifikasi Poco F7 Ultra

Poco F7 Ultra

Poco F7 Ultra menampilkan skrin Flow AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 3K. Paparan ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+, dan Dolby Vision, dengan kecerahan puncak 3200 nits.

Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB, menawarkan prestasi unggul untuk pengguna yang menuntut keupayaan tinggi.

Poco F7 Ultra dilengkapi dengan sistem tri-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP, lensa telefoto 50MP, dan lensa ultra lebar 32MP. Kamera swafoto pula adalah 32MP.

Peranti ini mempunyai bateri berkapasiti 5300mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W dan pengecasan tanpa wayar 50W, membolehkan pengecasan pantas dan fleksibiliti untuk pengguna.

Perbezaan Poco F7 Pro dan F7 Ultra

Berikut adalah perbezaan utama antara Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra:

1. Pemproses & Prestasi

  • Poco F7 Pro: Menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM dan storan hingga 512GB.
  • Poco F7 Ultra: Dilengkapi dengan Snapdragon 8 Elite, cip yang lebih berkuasa untuk gaming dan tugas berat, serta RAM hingga 16GB.

2. Paparan

  • Poco F7 Pro: Skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 2K (1440 x 3200) dan kecerahan 3200 nits.
  • Poco F7 Ultra: Skrin Flow AMOLED 6.67 inci dengan resolusi lebih tinggi, iaitu 3K, memberikan ketajaman yang lebih baik.

3. Kamera

  • Poco F7 Pro: Kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP, dan swafoto 20MP.
  • Poco F7 Ultra: Sistem tri-kamera dengan kamera utama 50MP, lensa telefoto 50MP, lensa ultra lebar 32MP, serta kamera swafoto 32MP.

4. Bateri & Pengecasan

  • Poco F7 Ultra: 5300mAh tetapi menyokong pengecasan 120W berwayar dan 50W tanpa wayar.
  • Poco F7 Pro: 6000mAh dengan pengecasan 90W.

Varian & Harga

Di Malaysia, Poco F7 Pro ditawarkan pada harga berikut:

  • RM2,299 – 12GB RAM + 256GB
  • RM2,499 – 12GB RAM + 512GB

Poco F7 Ultra ditawarkan pada harga berikut:

  • RM2,999 12GB RAM + 256GB
  • RM3,299 -16GB RAM + 512GB

Artikel berkaitan: 15 Smartphone Murah Terbaik Bawah RM1000

Promosi Pengenalan

Bersempena dengan pelancaran, Poco menawarkan diskaun sehingga 9 April 2025. Poco F7 Pro boleh didapati pada harga RM2,039 (12GB + 256GB) dan RM2,139 (12GB + 512GB).

Sementara itu, Poco F7 Ultra ditawarkan pada harga RM2,699 (12GB + 256GB) dan RM2,899 (16GB + 512GB).

Untuk pembelian pada harga pengenalan ini, sila layari laman web rasmi Xiaomi di https://www.mi.com/my/mobile/#poco

Setiap pembelian juga disertakan dengan langganan Google One 100GB selama 6 bulan dan jaminan tambahan selama 2 tahun, memberikan nilai tambah kepada pengguna.

Dengan penawaran spesifikasi tinggi dan harga yang kompetitif, Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra menjadi pilihan menarik bagi pengguna di Malaysia yang mencari peranti berprestasi tinggi tanpa perlu berbelanja besar.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut